Tuesday, July 21, 2009

Perlukah Suruhanjaya Diraja? Sejarah berulang...


PM umum penubuhan Suruhanjaya Di Raja
Kuala Lumpur 22 Julai - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Di Raja dengan terma-terma tertentu untuk mengkaji peraturan soal siasat yang digunapakai oleh SPRM semasa melakukan soal siasat terhadap mendiang Teoh Beng Hock.
Najib juga mengarahkan supaya inkues terhadap kematian Teoh dimulakan minggu depan untuk menentukan punca sebenar kematian mendiang. — BERNAMA.
Nampaknya kematian TBH, memberi impak yang besar kepada kerajaan dan membolehkan parti-parti pembangkang terutamaya DAP untuk memanipulasi isu tersebut dengan menyalah dan menjatuhkan hukum kepada SPRM dan kerajaan. Dengan kematian TBH ini maka lengkaplah perancangan DAP untuk menjatuhkan kerajaan Melayu Malaysia kerana polemik yang dimainkan menyebabkan rakyat merasa marah kepada kerajaan serta mencalarkan imej Perdana Menteri dengan perancangan 1Malaysianya. Imej PM diburukkan lagi oleh pihak media luar negara yang memang mencari peluang untuk memburuk-burukkan apa sahaja isu yang berlaku di Malaysia.
Perkara yang sama pernah berlaku pada 4hb Mei 1969, apabila anggota polis yang telah diprovokasi oleh pemuda-pemuda Cina di Kepong dengan menyerang anggota polis tersebut sehingga tembakan terpaksa dilepaskan mnyebabkan seorang pemuda Cina bernama Lim Soon Seng telah tercedera dan akhirnya mati di hospital. Akibat dari kejadian itu, pihak komunis telah mengambil kesempatan untuk melakukan perarakan mayat pemuda tersebut yang telah dianggap sebagai "Pahlawan". Mereka melalui keluarga simati dan pemimpin Parti Buruh memohon untuk diadakan perarakan mayat itu pada 10hb Mei 1969 iaitu pada hari PRU. Peristiwa ini adalah permulaan kepada berlakunya peristiwa hitam 13 Mei 1969 yang meninggalkan kesan sehingga kini. Walau bagaimanapun peristiwa bersejarah itu semakin dilupakan dan yang paling teruk ada percubaan untuk menyongsangkan fakta bagi mengelirukan generasi muda kini,

Betapa malangnya kita rakyat negara ini, apabila sejarah negara telah diselewengkan dan cuba diubah faktanya sekali lagi kita tidak akan belajar apa-apa dari sejarah dan ia tidak akan memberi pengajaran kepada kita.

Dengan tertubuhnya Suruhanjaya Diraja ini, maka semua orang harus berhenti membuat spekulasi, manipulasi dan polemik yang berkaitan dengan isu kematian TBH. Sesiapa sahaja perlulah dilarang untuk mengeluarkan apa-apa kenyataan dan tuduhan baik di dalam media atau di pentas-pentas ceramah. Jika engkar, suruhanjaya atau polis perlulah mengambil tindakan melalui Akta Hasutan, ini akan memastikan proses inkuiri berjalan dengan lancar tanpa ganggu gugat dari mana-mana pihak. Jika pihak pembangkang mahukan kebenaran dan ketelusan, mereka yang perlu mulakan. Kerjasama dan keikhlasan sangat diperlukan untuk membuktikan siapa yang salah siapa yang benar. Pepatah ada menyatakan "Berani kerana benar, takut kerana salah". WR.

No comments:

Post a Comment