
Usaha ini sedang giat sekali dijalankan dengan menjalankan perang psikologi untuk menunjukkan bahawa UMNO dan BN semakin lemah kerana sering kalah dalam pilihanraya kecil yang diadakan selepas PRU 12. Sejarah membuktikan bahawa setiap pilihanraya kecil yang diadakan secara sengaja dirancang atau kerana kematian penyandangnya BN sentiasa kalah. Perang ini berjaya dan menyebabkan rakyat beranggapan BN sangat lemah dan bukan lagi kerajaan yang boleh membela rakyat.
Satu lagi konspirasi baru yang akan dibuat oleh pembangkang ialah Menteri Besar Selangor akan mengosongkan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak bagi memberi laluan kepada Zaid Ibrahim untuk menjadi ahli parlimen.

Dulu bila bn menang, depa kata pengundi hantu la, spr tak telus la, la ni depa dok menang tak naik plak soal tu.. sedarlah orang melayu sekalian melayu semakin MELAYU..
ReplyDelete