"kalau lembu kita pegang pada tali,
kalau manusia kita pegang pada janji"
"kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa"
"terlajak perahu boleh diundur,
terlajak kata padah akibatnya"
Itulah antara pepatah lama Melayu yang menjadi panduan kita dalam hidup, sememangnya orang Melayu mempunyai keindahan bahasa dalam berkata-kata. Ini melambangkan betapa tingginya nilai peradaban bangsa Melayu.
WR memulakan bicara hari ini dengan kesantunan bahasa dalam mengaitkan dengan idea PAS mengenai kerajaan perpaduan. Seperti yang pernah diulas WR pada tajuk Kerajaan Perpaduan Menjadi Perpecahan pada post sebelum ini, idea ini datang dari PAS apabila diucapkan oleh Presiden PAS semasa sidang media selepas merasmikan Muktamar PAS baru-baru ini. Idea ini kemudian diwar-warkan oleh Timbalan Presiden selepas itu sehingga ditempelak oleh Murshidul Am PAS, hatta sehingga meminta Timbalan Presiden PAS meletak jawatan dan menyertai UMNO.
Idea Kerajaan Perpaduan ini walaupun kurang jelas konsep dan perlaksanaannya telah disambut baik oleh Kerajaan Barisan Nasional serta diulas oleh pelbagai suara, seperti kata pepatah:
"yang capik mengukur kelapa,
yang pekak memasang meriam,
yang kurap menebang buluh"
masing-masing menyatakan hujah dengan penuh kebijaksanaan, turut tidak terlupa kebanyakkan blogger pun mengulas idea ini. Namun komen dari Presiden PAS masih belum berbunyi kerana strategi "menahan pukat tunggu di tebing" digunakan apabila Presiden berada di luar negara kononnya.
Apabila pulang, Presiden disambut sebagai wira Nusantara, kerana berjaya memancing BN dan meraih simpati Pakatan Rakyat. Ugutan Presiden PAS itu, kepada Pakatan Rakyat mungkin menjadi kerana selama ini PAS menjadi melukut ditepi gantang. Dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat, Presiden PAS itu dengan sikap kerasnya seperti biasa menyatakan: "dalam isu Kerajaan Perpaduan, Umno telah menjalankan fitnah yang jahat dan dengan itu pihaknya bertegas tidak lagi mahu membincangkan pembentukan kerajaan tersebut.
Apa yang diusahakan sebelum ini disalah tafsir oleh kepimpinan Umno-BN untuk memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata memecahbelahkan hubungan pakatan, katanya"
Apa yang diusahakan sebelum ini disalah tafsir oleh kepimpinan Umno-BN untuk memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata memecahbelahkan hubungan pakatan, katanya"
Kenyataan lidah bercabang PAS yang begitu bukanlah pertama kali kita dengari, malah kita boleh katakan ramai pemimpin PAS memang begitu, WR malas lah nak hukum mereka ini MUNAFIK, biar ALLAH sahaja yang menghukum mereka. Tetapi amat menghairankan kerana idea itu datang dari PAS akhirnya PAS sendiri yang cakap itu semua fitnah.
WR sendiri pun merasa curiga dengan kenyataan Presiden PAS itu, tambahan pula bila Mursyidul Am membantah, pastinya ada udang sebalik batu. Nasib baik BN pun macam faham tektik kotor PAS tu dan akhirnya Presiden UMNO menyatakan:
"Kerajaan Barisan Nasional (BN) tetap berupaya mentadbir negara biarpun tanpa konsep kerajaan perpaduan yang cadangannya tiba-tiba muncul setelah diuar-uarkan dahulu oleh Pas.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebenarnya tidak timbul isu pakatan pembangkang menolak cadangan kerajaan perpaduan kerana idea itu bukannya datang dari BN"
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebenarnya tidak timbul isu pakatan pembangkang menolak cadangan kerajaan perpaduan kerana idea itu bukannya datang dari BN"
WR lebih melihat ini semua psywar Presiden PAS untuk mengugut PKR & DAP untuk tidak lagi menjadi seperti melukut ditepi gantang dalam PR. Dan dalam masa yang sama boleh mempermainkan BN untuk menunjukkan BN tersedak dan lemah. Kekuatan BN adalah UMNO, jatuh UMNO jatuhlah BN. Roboh UMNO robohlah Kerajaan Melayu Malaysia, mungkin untuk 446 tahun lagi, fikirkan! WR.
Demi kuasa, semua kaedah dan cara dihalalkan. Dulu rakyat kata UMNO teruk. Sekarang rakyat lihat sendiri PAS jauh lebih TERUK dari UMNO.
ReplyDeleteHaji Hadi al-pengecut wal hipokrit