Blogger baru-baru ini, berkesempatan pergi ke langkawi kerana atas urusan kerja, nasib baik lah kena mendaftar di sana sehari sebelum cuti sekolah berakhir, maka tidak lah terlalu ramai orang yang akan ke pulau lagenda itu. Semasa di atas feri, blogger sempatlah berbual dengan juruteknik feri. Blogger dimaklumkan bahawa semasa cuti sekolah hari itu hampir 50, 000 orang telah menggunakan feri untuk bercuti di Langkawi. Bangga juga lah blogger sebab orang kita lebih memilih untuk bercuti di negara sendiri walaupun pulau lagenda ini kelihatan seperti kembali dilanda sumpahan Mahsuri. Kalau dahulu semasa Tun Mahathir menjadi PM, Langkawi menjadi tumpuan pembangunan pelancongan, tapi selepas era Tun Mahathir ia seperti seorang wanita yang diceraikan oleh suami.
Blogger tidak mahu memilih menyatakan kerajaan meminggirkan pembangunan Langkawi, tetapi apa yang nak difokuskan ialah bagaimana orang Langkawi seharusnya menjaga anugerah tuhan ini. Lihat sahaja di sekitar Langkawi, bagaimana dengan kebersihan yang sudah tidak terjaga, banyak kemudahan yang telah rosak, ditambah dengan sikap orang Langkawi yang tidak mesra atau boleh dikatakan agak sombong dengan pelancong.
Pintu masuk utama ke pulau lagenda itu adalah melalui pengangkutan laut atau pun feri. Apa yang disesali bagaimana pegangkutan awam ini tidak diberi perhatian dengan serius. Bayangkan bagaimana penumpang dibiarkan menunggu dalam feri selama 45 minit tanpa sebarang makluman. Akhirnya setelah didesak penumpang, kami dimaklumkan bahawa enjin feri rosak. Kami diarah bertukar feri dengan berpindah ke feri yang datang dari arah laut, kami terpaksa melompat ke dalam feri baru. Saya melihat soal keselamatan tidak dititik beratkan. Blogger cuba mempertikai tindakan mereka, tetapi dengan bahasa yang agak kasar, blogger ditengking dengan kata-kata " cepat lah, orang dah lambat masih lagi nak tanya". Begitu indah bahasa mereka ini.
Blogger berharap, kerajaan negeri Kedah dapat melihat perkara ini, jika masih mahu mempertahankan manifesto Kerajaan Berkebajikan. MB Kedah tolonglah tengok sat kepada kebajikan dan keselamatan penumpang ke Langkawi, kerana pulau lagenda ini juga adalah sumber pendapatan kerajaan negeri yang sudah semakin susut. Jangan fikir nak tebang balak sahaja untuk cari duit. Pulau Langkawi juga adalah sumber kewangan yang banyak jika mahu "dijual" dengan cara yang bijaksana. WR.
No comments:
Post a Comment