Wednesday, September 16, 2009

PAS P.Pinang kena main lagi.

Salleh Man akan menjadi mangsa DAP Pulau Pinang seterusnya apabila namanya tidak dinamakan sebagai pengganti YB Ustaz Shahbudin Bin Yahya sebagai YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang. Sebaliknya nama orang lain yang diperkenankan oleh DYMM SPB Yang Di Pertuan Agong, nama yang perlu dirahsaikan terlebih dahulu untuk keselamatan.
Peringkat sekarang ini, pemimpin-pemimpin PAS tertentu sedang berusaha untuk bertemu dengan YDP Agong supaya melantik Salleh Man sebagai YDP MAIPP. Walaubagaimanapun usaha mereka setakat ini belum membuahkan hasil atau nampak tanda-tanda positif.
Secara positifnya DAP, khususnya Lim Guan Eng berjaya untuk menimbulkan kemarahan dan kebencian orang Melayu kepada institusi Raja-Raja Melayu yang akan dimomokkan sebagai penghalang demokrasi dan menjadi alat kepada UMNO, kerana itulah matlamat utama DAP, untuk meruntuhkan institusi Raja-Raja Melayu. Selepas itu mudahlah mereka untuk menubuhkan sebuah negara republik seperti Singapura.

1 comment:

  1. Memang usaha DAP untuk menghancurkan kuasa politik orang Melayu semakin berhasil. Nampaknya ada juga di kalangan orang Melayu yang sudah menyokong DAP. Sedih pula melihat perkembangan ini. Akan tetapi, Melayu masih alpha yang bangsa lain hendak menghancurkan Melayu.

    ReplyDelete