Saturday, May 23, 2009

Zambry dan Ahmad Maslan

Tahniah diucapkan kepada pasukan peguam Dr. Zambry kerana berjaya berhujah dengan penuh menyakinkan untuk memastikan hakim mahkamah rayuan memihak kepada BN. Kini Dr. Zambry boleh terus menjalankan tugas sebagai MB kepada rakyat Perak, samada yang menyokong, atau yang tidak menyokong, tapi bimbang penyokong yang hanya membawa rebah. Soalnya walaupun ketidak tentuan krisis politik di Perak masih dalam perkiraan matematik politik, seharusnya BN tidak boleh terus leka, agenda pembangunan kepada rakyat harus diteruskan dan harus menjadi kerajaan yang populis disamping kerajaan yang bertanggungjawab. Perubahan harus nampak dan boleh dirasai serta dinikmati oleh rakyat bukan sekadar retorik.
Bercakap soal retorik, saya ingin tujukan kepada Ketua Penerangan UMNO Malaysia yang bercakap soal jentera penerangan UMNO yang beku dan kaku di peringkat akar umbi. Walaupun dah seminggu berlalu, masih belum nampak vaksin yang disuntik. Ayat yang suka saya guna tidak dirasai kesannya pun. Isu semasa semakin kemaruk mengambil tempat, tapi UMNO masih lagi mengharapkan jentera kerajaan untuk buat kerja untuk mereka. Jangan lah macam tu, orang kerja dengan kerajaan akan bertambah meluat dengan UMNO jika mereka asyik digunakan.
Rakyat di kampung-kampung yang masih menyokong dan masih bersimpati dengan UMNO harapkan ada majlis penerangan berkenaan isu semasa politik dianjurkan. Tapi geng UMNO masih dok bersembang sesama mereka di kedai-kedai mamak, isu politik sikit dibincangkan, yang banyak macammana nak buat duit, dan sapa yang neka kena pancung.
Malas la nak ulas egois orang UMNO ni. Stop dulu lah.WR.

No comments:

Post a Comment