Utusan Malaysia 15 Mei 2009 melaporkan lebih 60,000 jentera penerangan UMNO di semua cawangan di seluruh negara gagal berfungsi kerana tidak tahu tugas masing-masing. Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, kegagalan memahami tugas menyebabkan mereka tidak aktif memberi penerangan mengenai isu- isu semasa kepada rakyat kerana tidak tahu apa yang hendak dilakukan sebagai jentera penerangan parti. Beliau yakin jika semua jentera penerangan digerakkan, ia mampu memberikan kesan yang baik kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana dengan cara itu rakyat akan lebih faham isu-isu semasa yang berlaku di seluruh negara.
Blogger: Adakah jentera UMNO ini diperingkat akar umbi kuat? Jawapannya tidak, kerana UMNO bukanlah parti yang mesra kepada ahli. Kalau Ahmad Maslan berkata jentera penerangan UMNO di cawangan lemah, saya berani katakan sebenarnya cawangan UMNO itu sendiri pun lemah, longlai, ataupun hampir mati. Yang hidup hanya bahagian, kerana pemimpin di bahagian "lubang" mereka lebih cerah, itu pun tidak semua.
UMNO sebenarnya tidak bekerja, yang bekerja ialah jentera kerajaan, itu pun yang masih lagi mahu mendokong kehendak parti. Tapi ramai yang menyampah dan menyumpah. UMNO terlalu mengharap jentera kerajaan, menyebabkan mereka jadi lemak dan lemah. Pemimpin UMNO hanya bekerja bersungguh-sungguh bila ada pemilihan dan mengejar projek.
UMNO juga tidak mesra kepada orang yang bijak pandai, kerana bimbang mereka menderhaka suatu hari nanti. Macam cerita Hang Nadim dan Raja Singapura sewaktu negeri itu dilanggar todak. Cakap pandai, bagi idea, mesti ada juak-juak yang akan cucuk untuk pancung bijak pandai ini. Maka pada fikiran bijak pandai ini lebih baik aku menyumbang ke jalan perjuangan pembangkang.
Setiap kali ada pemilihan, mesti ada yang kalah dan yang menang. Selalunya yang menang akan meninggalkan yang kalah. Bukan sekadar tinggal tetapi sampai tahap benam terus ke dalam lubang, jangan sampai nampak tunas. Itu lah budaya UMNO yang menyebabkan rakyat menjauhkan diri.
Akhirnya tinggal lah lagi yang terpaksa atau dipaksa pegang jawatan. So pegang saja jawatan tanpa ada apa tindakan. Sekadar menjadi aksesori kepada perhiasan.UMNO perlu berubah seperti yang diwar-warkan. Tapi sampai hari ini, mana perubahannya? Mana perubahan pemikiran pemimpin di peringkat bahagian dan cawangan? Tiada.
No comments:
Post a Comment