Kes semalam adalah antara banyak kes jenayah kejam yang berlaku dalam negara kini. Setiap hari akhbar melaporkan kes-kes jenayah, baik yang dilakukan oleh rakyat tempatan ataupun warga asing. Saban hari berlaku, itu yang dilaporkan. Jika kita di dalam rumah, sama seperti kita berada dalam penjara, kerana dikelilingi oleh jeriji besi yang bermangga kukuh. Itu pun masih lagi rumah kena pecah, bukan sekadar rumah rakyat biasa, rumah pemimpin pun kena pecah juga, hatta rumah pegawai kanan polis pun tidak terlepas dari menjadi mangsa.
Ini membuktikan bahawa rakyat negara ini sudah hidup mewah, kerana perompak memikirkan mangsa mereka mesti mempunyai wang atau barang berharga untuk dicuri. Menjadi masalah dan atau kecenderungan penjenayah ini untuk mencedera mangsa malah sehingga sanggup membunuh.
Kita akan menyalahkan kerajaan dan polis. Namun polis juga menghadapi masalah yang sama, dengan kekurangan anggota ditambah pula dengan peralatan kepolisian yang agak ketinggalan zaman. Bayangkan untuk sebuah balai polis, hanya terdapat 2 baju kalis peluru, berberapa pucuk pistol yang sudah ketinggalan zaman hatta, set radio perhubungan pun ntah zaman bila punya. Pada zaman teknologi canggih ini, kerajaan sepatutnya memanafaatkan teknologi ini. Kadang-kadang penjenayah mempunyai kehebatan teknologi yang lebih jauh dari polis sendiri.
Rakyat juga harus berkerjasama dengan polis dengan menyalurkan maklumat berkaitan jenayah dan polis pun jangan ambil ringan dengan aduan rakyat. Polis perlu jujur dalam membeteras jenayah, kikiskan imej buruk anggota yang menjadi pelindung kepada penjenayah.
No comments:
Post a Comment