Friday, May 22, 2009

Al-Fatihah untuk Pak Su Weil

Al-Fatihah, semoga rohnya bersama dengan orang yang beriman dan mendapat rahmat dari Allah. Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Manik Urai, Haji Ismail bin Yaacob, 60 meninggal dunia selepas subuh sebentar tadi. Haji Ismail dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II 26 April lalu kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya (penyakit gout, kencing manis) sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.
Menurut laporan beliau akan dikebumikan selepas solat Jumaat hari ini.
Allahyarham yang lebih dikenali sebagai Paksu Weil antara Adun yang paling lama di Kelantan.
Beliau memenangi Dun Manek Urai pada pilihan raya umum 1986. Sehingga sekarang beliau sudah lima penggal mewakili Dun berkenaan.
Keputusan pilihanraya umum 2008 bagi N41 Manik Urai
Jumlah pengundi: 12,292 orang
Peratusan kaum: Melayu 99.25%, Cina 0.44%, India 26%, Lain-lain 0.02%
1. Ismail Yaacob (PAS) 5,746
2. Mohamed Zulkifli Omar (BN) 4,394
Majoriti: 1,352
Jumlah undi: 10,332
Peratus mengundi: 84.05%
Undi rosak: 192
Blogger: Penggal Pilihanraya ke 12 ini, menyaksikan paling banyak PRK berlaku. Sebenarnya ini kuasa Tuhan untuk kita mengukur sejauh mana kematangan politik kita. Inilah peringatan dari Allah untuk kita berfikir, samada kita mahu terus berpecah atau bersatu hati. Untuk orang dalam DUN Manik Urai. Selamat Mengundi.
Klik di sini untuk Belasungkawa YB Pak Su Wel.

No comments:

Post a Comment