Wednesday, January 27, 2010

Kelantan "ANAK EMAS" Barisan Nasional.


Kerajaan Persekutuan memutuskan sebanyak RM20 juta wang ehsan diberikan kepada Kelantan yang akan dibayar pada Mac ini. Hasil perbincangan Kerajaan Persekutuan dengan Petronas baru-baru ini, wang itu merupakan hasil pengeluaran hasil minyak dan gas di Medan Bumi Selatan, Blok PM301 yang berdekatan dengan perairan Kelantan. Jumlah RM20 juta itu merupakan nilai lima peratus daripada jumlahkeseluruhan hasil di blok tersebut sejak Mei 2008.
Kerajaan PAS Kelantan sememangnya kurang senang dengan wang ehsan ini, kerana mereka tidak menjadi pihak yang berkuasa menguruskan wang tersebut. Namun kerajaan Pusat sebenarnya mempelawa wakil dari kerajaan negeri Kelantan untuk terlibat dalam menguruskan wang tersebut, tetapi ditolak.
Sejarahnya Kelantan yang diperintah oleh PAS lebih 10 tahun itu tidak pernah dianaktirikan dari segi peruntukkan pembangunan kepada rakyatnya. Sebenarnya rakyat Kelantan memang beruntung kerana mereka adalah "ANAK EMAS" kerajaan Pusat. Rakyat Kelantan juga sebenarnya lebih suka diperintah oleh PAS kerana status ANAK EMAS itu memberi banyak kelebihan berbanding negeri yang diperintah oleh BN, pelbagai kemurahan hati ditawarkan kepada orang Kelantan dengan harapan mereka akan memilih Barisan Nasional sebagai kerajaan negeri. Tetapi orang Kelantan lebih bijak berpolitik dan bijak mencipta alasan untuk menolak BN pada setiap kali pilihanraya yang akan membuatkan BN merasa bersalah.
Percayalah walau apa kekusutan dan kelemahan kerajaan PAS Kelantan dicanangkan, tetapi orang Kelantan lebih bijak memilih demi kesenangan mereka dan pemimpin mereka..WR

No comments:

Post a Comment