Menjadi wakilrakyat atau YB, adalah satu amanah yang besar dan berat. Amanah adalah kepada rakyat yang diwakili dalam kawasan tersebut. Justeru itu prihatin dan mengambil berat masalah rayat adalah tanggungjawab yang harus dipikul tanpa mengira apa fahaman politik rakyat. Jangan pula kerana perbezaan politik wujud diskriminasi kepada rakyat, kerana YB adalah wakilrakyat kepada semua masyarakat dalam kawasan YB. Dan rakyat pula dalam kawasan ADUN atau Parlimen perlu menerima wakilrakyat mereka seadanya, jangan wujud unsur sabotaj kepada YB.
Inilah prinsip yang dipegang oleh ADUN N 28 Sungai Rambai Melaka, juteru itu menjadi tugas dan tanggungjawab beliau untuk mempastikan bahawa kerjaan yang ada sekarang adalah kerajaan yang prihatin kepada kebajikan rakyat.
YB Hassan Rahman semalam turun bersama rakyat untuk menyampaikan kerusi roda kepada 2 orang pesakit di dalam kawasannya, seorang wanita Cina yang sudah tua dan seorang lelaki Melayu yang terlantar dirumah dan sangat memerlukan bantuan kerusi roda.
Keprihatinan begini sangat diperlukn bagi membuktikan bahawa kerajaan memang mengambil berat tentang kebajikan rakyat. Oleh yang demikian marilah kita sama-sama bersyukur dan berterima kasih dengan nikmat yang kita rasai ini. Tidak seperti di negara-negara lain, seperti negara jiran kita yang asyik berpolitiking setiap hari,dan yang menjadi mangsa adalah rakyat. Ingatlah apa yang berlaku di negara jiran tidak mustahil akan berlaku di negara ini, jika kita lalai dan berpecah sesama kita, hancurkan perpaduan yang kita bina begitu lama.
Laman Web ADUN Sg. Rambai http://n28sungairambai.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment