Kira-kira 42,700 projek bernilai RM5.6 bilion sudah diberi dan dilaksanakan di bawah dua pakej rangsangan, kata Ketua Pegawai Operasi Unit Pengurusan Projek (PMU), Datuk Ir Mohamad Othman Zainal Azim, hari ini.
Beliau berkata sebanyak 39,316 projek bernilai RM3.4 bilion adalah di bawah pakej pertama dan 2,745 projek bernilai RM2.2 bilion ialah yang dikenal pasti di bawah pakej rangsangan kedua dan menurutnya menjelang akhir bulan ini, semua projek di bawah pakej rangsangan pertama akan dilaksanakan sepenuhnya.
Projek dikenal pasti di bawah dua pakej rangsangan itu termasuk yang memerlukan dinaik taraf, pemulihan dan penyelenggaraan, kesihatan dan projek untuk membangunkan dan meningkatan modal insan, memastikan kesejahteraan rakyat dan peningkatan daya saing.
Sumber:http://www.rangsanganekonomi.treasury.gov.my
Allhamdulillah syukur dan terima kasih kepada kerajaan yang telah membelanjakan wang untuk merangsang ekonomi. Secara tidak langsung projek yang dilaksanakan adalah untuk kesejahteraan rakyat. Walaupun begitu, rakyat terbanyak kurang mengetahui atau merasa kesan dari perlaksanaan projek-projek tersebut. Agensi-agensi perlaksanaan perlu mewar-warkan projek-projek tersebut, terutamanya dalam media arus perdana supaya rakyat mengetahui, dan merasakan bahawa kerajaan yang ada adalah sangat bertanggungjawab terhadap kesejahteraan rakyat. Perkara ini perlu kerana rakyat kini hanya mengetahui bahawa kerajaan yang ada sekarang adalah KORUP, kerana momokan-momokan berterusan dari parti pembangkang yang melalak ke merata kawasan bandar-bandar yang sudah tentunya kurang merasai kesan pakej ransangan ekonomi tersebut.
Saranan juga supaya perlaksanaan projek tersebut perlulah dilaksanakan dengan secara telus, untuk mengelak dari berlaku pilih kasih atau KRONISME yang diwar-warkan oleh pembangkang.
No comments:
Post a Comment