Dalam Buletin Utama TV3 malam ni (5 May 09 ), pada tajuk utama mengisahkan tentang masih terdapat satu keluarga iaitu Md Roni Md Nin di Teruntum Pahang yang miskin dan tercicir. Rumah tak mampu dibayar sewa, anak tak diterima bekerja dan yang lebih teruk ialah anak-anaknya yang 7 beradik itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan tidak bersekolah. Mujurlah ada jiran yang prihatin dan telah melaporkan kepada Wakil Rakyat DUN Teruntum YB CHANG HONG SEONG, terus beliau turun melihat sendiri orang miskin tersebut.
Itu mungkin antara kes yang dilaporkan oleh media, bagaimana pula mereka yang tidak mendapat liputan media, seperti yang kita tahu memang ramai yang masih lagi papa kedana dan tidak mendapat pembelaan dari kerajaan. Apa masalahnya, di mana silap dan lompangnya? Pergi mana orang yang dipertanggungjawabkan untuk mengesan, manbantu, membimbing golongan yang miskin ini? Apa sudah jadi dengan projek CARI yang dilancarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat.
Yang amat menghairankan kenapa bila masa kempen pilihanraya baik umum tambah-tambah pilihanraya kecil, ramai saja orang miskin yang dibawa dan diberi sumbangan itu dan ini.
Blogger ada juga pengalaman berhadapan dengan WakilRakyat yang tidak prihatin masalah rakyat miskin, susah dan papa kedana ni. Pernah berlaku depan mata, masa blogger bertandang ke Pusat Khidmat wakil rakyat di area seberang perai. Masa tersebut datang seorang ibu tunggal mohon sumbangan atau dibantu oleh JKM. Apa yang YB tu kata, "Maaf la kakak saya ni wakil rakyat pembangkang ( BN pembangkang di P.Pinang) tak ada peruntukan. So balik macam tu saja ibu tunggal tersebut, kecewa kerana YB tak bantu apa-apa pun, walaupun diminta untuk mengisi semula borang JKM yang pernah diisi berbulan dulu, tapi masih belum mendapat bantuan. Sedih memang sedih, apa salahnya YB tu hulurlah sumbangan peribadinya paling tidak pun RM100, takkan tak ada, sedangkan boleh bawa handbag mahal, gelang dan rantai emas berketul-ketul.
Rakyat menjadi marah kepada BN bukan kerana parti itu tak baik, tapi menyampah dengan sikap wakilrakyat yang sombong dan tiada sifat penyayang kepada rakyat. Blogger harap sangat pada wakilrakyat, sila lah beramanah dengan jawatan tersebut, kalau balasan di dunia BN kalah dalam pilihanraya, tapi hukuman menanti anda di akhirat kelak.

MUNGKIN MEREKA YANG DIBERI TANGGUNGJAWAP TIDAK MENJALANKAN TUGAS. DUDUK OFIS SAJA MAKAN GAJI BUTA. JKKK PUN SAMA TIDAK BERPERANAN , HANYA BEREBUT HENDAKKAN JAWATAN SAJA DALAM KAMPUNG TERSEBUT..DAN MUNGKIN JUGA MANGSA YANG BERPIKIRAN NEGATIF .. SEGALANYA MUNGKIN..
ReplyDeleteterima kasih atas komen anda, ramai manusia mahu jadi pemimpin, rakus untuk merebut jawatan, menghalalkan cara. Tapi tidak ramai pemimpin yang benar-benar prihatin kepada msalah rakyat, walaupun mereka melebalkan mereka menyebelahi rakyat. WR.
ReplyDelete