Calon Barisan Nasional, Tuan Aziz Tuan Mat (dua kiri) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai menjulang tangan bersama calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah (dua kanan) di pusat penamaan calon di Sekoleh Menengah Sultan Yahya Petra, Kuala Krai hari ini.
Gelanggang sudah dibuka, gong telah dipalukan dan ayam tambatan sudah dikenalpasti dan telah dilepaskan, tumpuan sekarang adalah untuk mencari pemenang. Itulah ibaratnya dalam sebuah pertandingan, kemenangan adalah buruan setiap mereka yang menyertainya.
Untuk memburu kemenangan, sudah semestinya pelbagai kaedah dan cara yang akan digunakan, dan sudah semestinya dalam konteks PRK ini, akan memberi keuntungan berganda kepada pengundi dan penduduk Man.U itu sendiri.
Semalam WR, mendengar bahawa Pengarah Pilihanraya PAS Kelantan telah mengarahkan semua penyokong dan jentera pilihanraya supaya bersopan santun dan menjaga etika ahli sebagai sebuah parti yang berimejkan Islam. Dengan amaran itu kita boleh katakan sememangnya penyokong PAS agak agresif dan kadang-kadang berlagak samseng dengan selalu melakukan provokasi. ( ambil contoh penyokong bola sepak kelantan )
Pilihanraya adalah satu proses demokrasi untuk memilih pemimpin yang akan menjadi wakil kita ke peringkat pengurusan kerajaan. Yang paling utama adalah keperluan rakyat yang didahulukan, bukan kepentingan parti. WR agak terkejut dengan kenyataan berberapa pemimpin parti politik yang menyatakan PRK adalah medan menguji kekuatan sokongan kepada parti mereka. Adakah dengan adalanya pilihanraya ini, rakyat menjadi bahan uji kaji kepada politiking sesebuah parti?
WR mendoakan kepada Allah semoga semua yang terlibat dengan PRK Man.U baik secara langsung atau tidak, memikirkan kepentingan rakyat bukan kepentingan parti semata-mata. Jalankanlah tugas berkempen ini dengan penuh adab dan etika akhlak seorang umat Islam dengan mencontohi Rasulallah saw. WR.
No comments:
Post a Comment