Saturday, September 26, 2009

Apa dah jadi dengan Kerajaan?

Kerajaan Negeri Kedah di bawah tadbiran PAS gagal menguruskan keperluan rakyat dengan baik apabila urusan kutipan sampah mengganggu kehidupan rakyat. Masalah ini timbul pada musim perayaan Eidul Fitri. Lebih menarik YAB Menteri Besar menyalahkan CEUPACS dengan alasan kajian kepada pekerja. Walaupun dalam proses, tetapi sampah yang perlu dikutip setiap hari itu tidak mengerti situasi politik macam tu. Sepatutnya masalah rakyat perlu diselesaikan segera, kalau mengikut fahaman PAS lah, kalau kerajaan UMNO buat macam tu tidak mengapa sebab rakyat sekarang sudah tidak yakin dengan UMNO.
Tambah menarik masalah air juga di Kedah, lebih menarik di parlimen Pokok Sena yang wakil rakyatnya adalah pakar strategi dan penyelesai masalah sehingga membolehkan DUN Permatang Pasir kekal di tangan PAS dalam PRK awal Ramadhan hari tu. Tapi hairan jugak kenapa Mahfuz Omar asyik mendedah kelemahan dan keaiban orang lain, tetapi masalah rakyat di kawasan sendiri ditinggalkan.
Di Kelantan juga kes yang sama berulang iaitu masalah bekalan air. Pelik juga, di Kelantan ni tak ada air kah? Rasanya setiap tahun negeri itu dilanda banjir dan rasanya kerajaan Persekutuan pernah bantu masalah air di Kelantan dengan peruntukkan RM600 juta. Mungkin air di Kelantan ni hanya diperolehi oleh mereka yang menjadi ahli PAS atau penyokong PAS.
Sedih melihat orang Melayu yang menguasai kerajaan baik negeri atau persekutuan tetapi yang masih tidak merasai nikmat asas iaitu air adalah orang Melayu. Dalam keadaan orang Melayu yang masih ketinggalan begini pun sudah ada orang Melayu sedang berkempen untuk menggadaikan negara ini kepada kaum lain. Sedih.

No comments:

Post a Comment