Thursday, October 29, 2009

YB Pelabuhan Kelang jadi ADUN bebas.

Adun Pelabuhan Klang YB Badrul Hisham Abdullah isytihar keluar daripada Parti Keadilan Rakyat serta merta dan menjadi wakil bebas menyokong Barisan Nasional, berikutan cadangan Menteri Besar Selangor supaya PKR meminta YB Badrul meletak jawatan sebagai ADUN.


YB Badrul antara nama-nama yang disebut-sebut bakal menyertai UMNO dalam rancangan berberapa ADUN Pakatan Rakyat lain untuk keluar parti dan menyertai BN dan menubuhkan kerajaan negeri baharu seperti yang berlaku di Perak, walaupun perkara itu lebih daripada khabar-khabar angin sahaja.


Dalam satu sidang media pada petang Khamis, Badrul berkata keputusan tersebut dibuat kerana beliau telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti itu. Bagaimanapun, Badrul enggan mendedahkan sama ada beliau akan menyertai Umno atau mana-mana parti politik. Badrul berkata beliau juga menjadi sebagai ADUN Bebas dan menyokong Barisan Nasional. Tegasnya, beliau juga tidak akan mengosongkan kerusi DUN yang disandangnya ketika ini.


Mungkin khabar-khabar angin ini jugalah menyebabkan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz mencadangkan supaya PAS mengadakan EGM untuk membersihkan parti dari mereka yang berpaling tadah. Antara nama yang disebut oleh Nik Aziz adalah Datuk Hassan Ali yang merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor. Hassan Ali juga disebut-sebut sebagai nama yang bakal menjadi Menteri Besar Selangor jika ADUN lompat parti ini menyokong BN dan membentuk kerajaan baru.


Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, dalam kenyataannya turut mengakui bahawa dengan perletakkan jawatan Badrul serta Jeffery Kitingan akan memberi kesan negatif kepada parti itu. PKR kini dilihat sebagai sebuah parti yang bakal suram kembali apabila tidak diurus dengan betul terutamanya dengan peranan DSAI yang tidak mantap. Kesan dari masalah dalaman ini memberi peluang yang baik kepada BN untuk meraih sokongan rakyat, itupun kalau UMNO/BN mahu menggunakan isu ini dengan sebaik-baiknya.

No comments:

Post a Comment