Friday, June 19, 2009

BN akan bertanding di DUN Manek Urai.


Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) akan tetap meletakkan calon dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai 14 Julai ini kerana isu kerajaan perpaduan dan pilihan raya kecil di Kelantan itu adalah berbeza dan memerlukan penyelesaian tersendiri.

Najib yang juga Presiden UMNO dan BN berkata, ini memandangkan perkara pembentukan kerajaan perpaduan dengan PAS masih belum memasuki peringkat perbincangan lagi."Belum ada perbincangan mengenai perkara ini (kerajaan perpaduan), kita terpaksa melalui proses pilihan raya (Manek Urai)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat di Kampung Pichin,Serian di sini Khamis.

Semalam, Pas Kelantan telah meminta UMNO supaya tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil itu sekiranya benar-benar serius dengan cadangan pembentukan kerajaan perpaduan.Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa dipetik sebagai berkata, UMNO tidak akan 'bergaduh' dengan Pas dalam pilihan raya kecil itu sekiranya mereka benar-benar mendokong cadangan tersebut.

Blogger: Nampak gayanya PAS pun cuak juga dengan UMNO mengenai kerajaan perpaduan. Husam Musa yang kalah jawatan Timbalan Presiden PAS akan terus berusaha untuk memburuk-burukkan cadangan tersebut bagi menunjukkan bahawa kepimpinan PAS yang baharu kelihatan lemah. Kalau Mursyidul Am PAS melaung-laungkan serah kuasa pada rakyatdi Perak hari itu, mengapa di Kelantan beliau takut. Ada pemimpin PAS Perak pernah berkata " BIAR BEKERJASAMA DENGAN KAFIR DARI BERKERJASAMA DENGAN ORANG MELAYU YANG ZALIM (UMNO)".wr.

3 comments:

  1. http://manekurai2009.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Takkan la sebab dek ura-ura kerajaan perpaduan, pilihanraya pun kena tarik diri?

    ReplyDelete
  3. Sebelum penamaan calon di Manek Urai, gula melaka akan tiba di Kepala Batas. Yang penting kena bagi alamat lengkap dulu la...

    ReplyDelete