Saturday, September 5, 2009

Pilihanraya Lagi

Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham YB Azman Mohd Noor ADUN Bagan Pinang yang telah kembali ke rahmatullah jam 2.30 petang ini, walaupun blogger menerima SMS mengenai kematian ADUN itu jam 9.30 pagi.

Menurut laporan awal, kematian Azman adalah disebabkan komplikasi sakit jantung. Beliau dilaporkan meninggal dunia pada jam 2.30 petang di Hospital Pakar Seremban. Azman berusia 55 tahun. Allahyarham, yang pernah menjalani pembedahan pintasan jantung di Hospital Pakar Ampang Putri pada Mei lalu kerap kali mengadu tidak sihat sejak beberapa hari lalu, menurut isterinya Normah Zainal Abidin. Normah, 49, berkata, keadaan suaminya bertambah teruk sejak dua hari lalu.

DUN Bagan Pinang terletak di dalam kawasan Parlimen P132 Telok Kemang.
Pada pilihan raya umum yang ke 12, Azman memenangi kerusi tersebut dengan menewaskan Ramli Ismail dari Pas dengan majoriti 2,333 undi. Beliau memperolehi 6,430 undi manakala Ramli pula 4,097 undi.

Dengan kematian itu maka satu pilihanraya kecil akan diadakan dalam masa 60 hari, ini merupakan PRK yang ke 9 dalam penggal selepas PRU 12. Pekerja parti-parti utama dalam negara baru lepas penat PRK di N11 Permatang Pasir, baru seminggu lepas, akan bekerja semula untuk memastikan calon mereka memenangi pilihanraya tersebut.

Apa pun, sekadar renungan telah berjuta ringgit dibelanjakan untuk mnguruskan pilihanraya kecil, maka adalah diharapkan supaya rakyat memahami bahawa pilihanraya bukanlah medan untuk memecah belahkan masyarakat dan merosakkan perpaduan.

1 comment:

  1. Katanya, di situ kawasan UMNO. Tapi perlu diingat, terdapat lebih 20% pengundi cina dan lebih 10% pengundi India. Jika dilihat pada PRK Permatang Pasir, terdapat peti undi kawasan cina yang solid (1800 undi) diberikan pada pembangkang.

    Ertinya, orang melayu tak berpecah sangat pun. Cuma org PAS tetap dgn PAS, manakala kaum cina perlu muhasabah jugak diri mereka.(Kpd pembaca bukan Melayu, MUHASABAH ertinya memikirkan semula apa yang telah mereka lakukan terhadap kerajaan).

    ReplyDelete