Monday, November 30, 2009

DAP = PKM?

Pada zaman darurat dahulu, PKM yang bermegah dengan perjuangan mereka untuk menubuhkan sebuah pemerintahan Komunis di Tanah Melayu akan membunuh sesiapa sahaja yang menjadi penghalang kepada cita-cita mereka tidak kira apa jua bangsa atau kaum keturunan. Akibatnya ramai rakyat yang menderita ketakutan atau menderita kerana ahli keluarga mereka disiksa dan dibunuh tanpa kubur. Tindakan PKM ini menyebabkan mereka digelar penganas komunis.
Sehingga hari ini, boleh dikatakan sebilangan besar rakyat walaupun tidak pernah merasai azab dan kengerian keganasan Parti Komunis Malaya ini, tetap merasa benci kepada komunis. Walaupun PKM telah meletak senjata dan tidak melancarkan perang gerila di dalam hutan, tetapi fahaman dan gerakan mereka secara politik tetap berjalan, buktinya ada golongan tertentu yang beriya-iya dan berusaha bersungguh-sungguh untuk membawa kembali Chin Peng ke Malaysia. Apakah tujuan dan matlamat mereka dan yang paling penting siapakah mereka ini?
Lihatlah gambar di atas, DAP yang menyatakan bahawa menganggap orang lain bersifat perkauman dan melebelkan Biro Tatanegera (BTN) menyuburkan semangat anti cina dan india, tetapi merekalah yang paling perkauman dan paling hina tindakan mereka dan sama seperti yang pernah dilakukan oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Apakah DAP adalah penerus kepada matlamat PKM seterusnya di Malaysia? Jika belum menguasai Malaysia sudah memijak gambar orang yang tidak menyokong mereka, sudah tentu mereka akan memijak tubuh manusia bila mereka berkuasa. Fikirkan...

2 comments:

  1. rakan saya pernah menceritakan bagaimana komunis cina anak buah chin peng datang ke kampung mereka masa dharurat dan membunuh tok penghulu dan imam masjid. isteri penghulu dan anaknya yang berumur lebih kurang 5 tahun ditanam hidup2 dengan kepala ke bawah sekerat pinggang. terkodek2 kaki si ibu dan anak kecilnya kelemasan termakan tanah dan tersedut pasir ke dalam paru2 sementara menanti ajal menjemput. tiada siapa yg berani membantu kerana komunis akan bunuh sesiapa juga yg campur tangan. selepas seminggu, komunis datang kembali dan gali keluar kedua anak beranak itu dan bakar mereka sampai rentung.

    ReplyDelete
  2. itulah sebahagian dari beribu-ribu kekejaman PKM yang diterjui oleh Chin Peng. Anehnya tindakan mereka itu disifatkan sebagai bertujuan mencari kemerdekaan dan membebaskan Tanah Melayu ini dari kekejaman British.

    Sewajarnya bukan sekadar tidak memaafkan tindakan mereka malah mereka harus dihukum.

    ReplyDelete