Kita selalu diajar, bahawa tangan yang di atas itu lebih mulia dari tangan yang di bawah, atau maknanya orang yang memberi itu lebih baik dari yang meminta-minta. Persoalan yang paling menarik untuk kita fikirkan apakah orang yang meminta itu tahu berterima kasih dan bersyukur dengan apa yang dia dapat?
Dalam PRU pertama, kebanyakkan kawasan Parlimen di Tanah Melayu pengundinya majoriti adalah Melayu dan hampir ada kawasan pengundi Melayu 100%. Tetapi UMNO ketika itu telah bersama MCA dan MIC dalam Perikatan, iaitu satu pakatan murni antara parti politik Melayu dan bukan Melayu demi mencapai kemerdekaan. Atas pakatan murni itu, kawasan majoriti Melayu telah diberi kepada MCA dan MIC untuk diletakkan calon. MCA mendapat 15 kerusi dan MIC 1 kerusi. Akhirnya orang Melayu yang patuh dan taat kepada pemimpin mereka, boleh menerima orang bukan Melayu sebagai wakil rakyat mereka. Di masa itu lahir lah kekaguman pemimpin bukan Melayu kepada sikap menerima dan baik hati orang Melayu dan mungkin juga bersyukur.
Sehingga akhirnya banyak kerusi UMNO telah diberikan kepada bukan Melayu untuk ditandingi dalam pilihanraya. Itulah baiknya orang Melayu dengan sikap memberi, sehingga tanah pun diberi untuk pembangunan perumahan yang akhirnya telah mengurangkan kuasa majoriti pengundi yang sebelum ini dikuasai oleh orang Melayu dan menjadi marginal iaitu 55 peratus sahaja.
Dalam sejarah negara, sikap beri memberi oleh pemimpin Melayu kepada bukan Melayu sangat lah pemurah, atas alasan perkongsian kuasa dan pakatan murni (kontrak sosial). Tetapi sebenarnya lebih kepada pengekalan kuasa. Tetapi adakah sikap ini sesuatu yan baik dan murni? Apakah hasilnya kini kuasa Melayu dalam politik semakin baik? Yang lebih kelihatan sekarang ini, orang Melayu khususnya UMNO semakin terdesak dan harus terus memberi lagi, tak ubah seperti kegemaran orang Melayu dahulu memelihara hantu, semakin diberi semakin menjadi-jadi dan semakin parah akibatnya.
Bila UMNO lemah selepas PRU 10, dengan menguasai 72 kerusi Parlimen daripada 148 jumlah kerusi dimenangi oleh BN dan 193 dari keseluruhan kerusi Perlimen. Hasilnya timbul lah gerakan yang bernama SUQUI yang mendesak pelbagai kemudahan diberikan kepeda kaum Cina. Akhinya UMNO memberi lagi ( UTAR dan U.Wasasan dan AIMS) walaupun tidak sepenuhnya permintaan SUQUI ini, tetapi mereka bukanlah bertujuan semua tuntutan mereka dipenuhi. Apa yang penting UMNO terpaksa tunduk kepada mereka jika mahu terus berkuasa dalam kerajaan.
Tetepi selepas persempadanan semula kawasan Perlimen dengan menyaksikan kawasan majoriti Melayu Islam / Bumiputera menjadi 148 dari 219 kerusi, strategi mereka mula berubah dengan memberi kuasa kepada DAP untuk memerintah. Maka bermulalah episod membina persepsi kepada rakyat oleh DAP dan ditaja oleh PKR serta dipergunakan PAS.
Mereka mula membina persepsi bahawa pemerintah merekalah yang terbaik dan mulia serta bersih. UMNO dipersepsikan kepada rakyat sebagai gerakkan massan yang kotor, rasuah, pecah amanah dan menindas rakyat terutamanya orang bukan Melayu. Akhirnya dalam PRU 12, persepsi itu telah berjaya ditanam ke dalam fikiran rakyat dan mempercayai bahawa UMNO bersalah dan harus dihukum. Kali pertama dalam sejarah Barisan Nasional tidak mendapat 2/3 di Parlimen walaupun pernah berlaku semasa Parti Perikatan dalam tahun 1969.
Sorotan menarik yang terkini berkaitan dengan pemansuhan Biro Tatanegara yang diberi persepsi adalah alat doktrinisasi Barisan Nasional kepada rakyat. Namun begitu ramai orang Melayu telah melalui kursus BTN ini dan mereka tidak memberi reaksi untuk BTN ini dimansuhkan walaupun kerajaan Negeri Selangor mengharamkan BTN. Orang Melayu tahu kepentingan dan perjuangan BTN ini kerana BTN adalah agensi yang sudah sebati dengan orang Melayu untuk menanamkan semangat cintakan negara.
Tetapi yang menjadi kebiasaannya, pemimpin UMNO akan terus memberi. Lihatlah apa komen Nazri Aziz Menteri Jabatan Perdana Menteri yang berkata kurikulum BTN akan dirombak dan akan jadi seperti Jabatan Perpaduan. Dengan komen begitu agenda persepsi DAP,PKR dan PAS telah pun berjaya dalam pusingan pertama ( 1-0 ). Tidakkah Nazri Aziz tahu kurikulum BTN sekarang ini pun sudah menekankan soal konsep 1Malaysia?
Hari ini, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor bahawa Chin Peng berhak kembali ke Malaysia sekurang-kurang secara lawatan sosial di bawah Perjanjian Damai Haadyai. Kenapa isu Perjanjian Damai Haadyai itu tidak pernah timbul sebelum ini dan sehingga mahkamah pun tidak pernah menggunakan perjanjian itu semasa menolak permohonan Chin Peng dahulu. Dan hari ini Tun Dr Mahathir memberi komen dibuat pungutan saura rakyat untuk mengetahui apakah Chin Peng boleh masuk ke Malaysia? Dengan kenyataan-kenyataan tersebut jelas sudah ada nada berlembut dari pihak kerajaan, dan ini bermakna (1-0)?
Tidak mustahil pemimpin Melayu akan memberi lagi dalam isu BTN dan Chin Peng ini, dengan alasan kekuasaan UMNO dalam kerajaan. Mungkin benar orang Melayu suka membela hantu ( Hantu Raya ) dan tak kisah kalau kena 1-0.
No comments:
Post a Comment