Wednesday, February 17, 2010

Usaha lenyapkan pengaruh Melayu

Pembatalan perarakan Maulidur Rasul oleh kerajaan negeri dipercayai cubaan Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk melenyapkan pengaruh orang Melayu secara halus dan perlahan-lahan di negeri ini.
Setiausaha Kelab Warisan Malaysia Pulau Pinang (Keris), Azman Hassan berkata, sambutan program keagamaan di kawasan tertutup jika dijadikan amalan biasa lama-kelamaan akan melemahkan syiar Islam tanpa disedari.
"Guan Eng secara halus dan perlahan-lahan cuba untuk menafikan Islam di Pulau Pinang.
"Dia (Guan Eng) mahu program agama Islam dibuat secara tertutup. Dia cuba tiru seperti Singapura," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Jumaat lalu, Utusan Malaysia melaporkan pendedahan Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang mengenai pembatalan perarakan sempena Maulidur Rasul oleh kerajaan negeri tetapi diteruskan dengan perhimpunan ummah di Dewan Sri Pinang.
Bagaimanapun, akibat dikritik hebat dan bimbang kehilangan sokongan orang Melayu, kerajaan negeri membuat keputusan untuk mengadakan perarakan tersebut yang mengikut program asal sebelum ini dibatalkan.
Malah, Guan Eng menafikan perarakan itu dibatalkan dan menuduh Utusan Malaysia berbohong dan membuat fitnah untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri.
Menurut Azman, terdapat beberapa lagi perancangan yang dibuat oleh Guan Eng yang tidak begitu disedari orang Melayu.
Sebagai contoh, jelas beliau, cadangan pelantikan Pengerusi Pusat Urus Zakat (PUZ) kepada Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman yang secara tradisi jawatan tersebut disandang oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).
"Sebenarnya Guan Eng mahu melihat respons orang Melayu terhadap cadangan yang dibuatnya.
"Perancangan dia tetap berjalan, kalau orang Melayu bantah, dia akan buat cara lain," katanya.

Friday, February 5, 2010

Rindu Nik Aziz pada UMNO.

Jika sebelum ini Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat begitu lantang menentang sebarang usaha mengadakan rundingan dengan UMNO, tetapi hari ini nada beliau berbeza sama sekali.
Bercakap kepada pemberita selepas menutup Seminar Pemikiran Islam Semasa - Pemakaian Kalimah Allah di sini, Nik Abdul Aziz mencadangkan Pas dan UMNO duduk semeja berbincang dan menamatkan perseteruan lebih 50 tahun antara kedua-dua parti dokongan orang Melayu itu.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau rasa amat gembira jika soal perbincangan yang menjadi isu bermusim itu menjadi kenyataan.
"Ia kerana selama ini banyak masa, wang dan tumpuan dihabiskan kerana pertengkaran yang tidak membawa apa-apa faedah," katanya.
Menurut beliau, jika majlis perbincangan antara pemimpin berlainan agama boleh dilangsungkan dengan baik, maka tidak ada masalah untuk Pas dan UMNO - yang sama- sama Islam - duduk berbincang.
"Saya bersyukur kepada Allah kita berjaya mengadakan seminar mengenai penggunaan kalimah Allah hari ini.
"Saya datang hanya untuk menutup majlis, tapi saya sangat gembira kalau boleh majlis macam ini dibuat antara Pas dengan UMNO.
"Lebih 50 tahun kita bertengkar dengan UMNO, 50 tahun UMNO bertengkar dengan Pas. Apa hasil? Banyak masa habis, UMNO guna masa begitu banyak, kepakaran begitu banyak, lawan gerakan Islam yang dibawa oleh Pas, apa hasilnya?" katanya.
Ujar Nik Abdul Aziz, Pas adalah sebuah parti yang ditubuhkan oleh alim ulama dalam UMNO sendiri dan adalah tidak wajar perseteruan yang ada terus menerus berlaku.
"Tolong fikirlah, 50 tahun UMNO bertengkar dengan Pas dan Pas ini dibuat oleh alim ulama UMNO.
"Pada 1946, semua orang Melayu bersama UMNO tok gurunya, cikgunya, pelajar, tetapi pada 1951, alim ulama keluar daripada UMNO dan buat parti baru namanya Pas, Persatuan Islam Se-Tanah Melayu kemudian berubah jadi Parti Islam Se-Malaysia.
"Jadi apa pentingnya UMNO bertengkar dengan Pas, sedangkan Pas bawa Islam. Selepas kita mati, Melayu tidak ada guna, Cina tak ada guna, Arab tak ada guna.., yang guna Islam dan bertakwa kepada Allah," katanya.
Jelas beliau, jika isu pembangunan yang menjadi punca UMNO memusuhi Pas, ia tidak sepatutnya berlaku kerana beliau mendakwa Pas juga membawa pembangunan kepada negeri yang diperintah.
Nik Abdul Aziz berkata, sehubungan itu beliau meminta tokoh-tokoh UMNO agar menimbangkan permintaannya itu.
sumber: Utusan Online.
Komen WR: "ada udang sebalik mee udang ka?"

Thursday, February 4, 2010

Wayang murahan DAP vs PKR

Dikala rakyat bersedia untuk mengetahui kebenaran tuduhan oleh Saiful Buhkari menyatakan dia dilewat oleh bossnya iaitu Anwar Ibrahim didengari di mahkamah, disaat itu juga lah wayang murahan akan ditayang di panggung perdana dengan iklan murahan oleh media perdana.
Wayang murahan kali ini kelihatan "ishhh..macam tak percaya lahhh..." apabila Dato Zaharin yang satu ketika dahulu begitu membanggakan Cina Melaka sebagai Ketua Menteri menyatakan Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebagai "DIKTATOR, KOMUNIS dan ANTI MELAYU". Kenyataan bekas Pengerusi Perhubungan PKR itu begitu ganas dan boleh menimbulkan keributan dalam Pakatan Pembangkang. Tapi wayang murahan itu tidak menarik minat rakyat untuk menonton atau memberi reaksi positif.
Oleh kerana rakyat sebenarnya sedang menyimpan "wang" untuk membeli tiket untuk menonton filem "lucah" terhebat abad ini yang kini sedang ditayangkan diseluruh negara. Tka cukup dengan kenyataan Zaharin itu, timbul pula kenyataan Ahli Parlimen Nibong Tebal juga dari PKR yang dengan nada sama mengkritik Lim Guan Eng sebagai tidak layak menjadi Ketua Menteri kerana sombong dan tidak boleh ditegur walaupun oleh kepimpinan DAP negeri Pulau Pinang.
Wayang-wayang murahan yang bergenre romantik dan dramatik ini jika tidak menjadi atau tidak berjaya mengalihkan tumpuan rakyat terhadap kes Anwar Ibrahim dituduh meliwat bekas pembantunya, maka wayang bergenre ganas dan aksi akan pulak ditayangkang. Cuma sehingga kini belum dapat ditayangkan kerana pelakon-pelakon tidak berminat untuk berlakon dalam filem genre ini, lagipun akhirnya mereka juga yang menerima akibat tanpa dipedulikan oleh pengarah-pengarah filem yang telah mengaut upah jutaan ringgit.
Kepada Anwar Ibrahim sekali lagi diulangi perpatah lama Melayu yang dah berkurun-kurun didendangkan "BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH". Jadi tak perlu nak jadikan Malaysia sebagai pentas Hollywood atau Bollywood yang dapat menghasilkan filem yang telah melekakan penonton.

Anwar Harus Bertaubat ~ Karpal

Semalam bermulalah episod terbaharu yang melakar sejarah kehakiman apabila sekali lagi kes berprofil tinggi dibicarakan. Kes kali ini melibatkan salah laku seks luar tabii yang melibatkan individu "MULIA atau MAKSUM" dikalangan sesetengah rakyat yang tertipu atau dipukau oleh individu yang bernama Anwar Ibrahim.
Ada sahabat dari PKR yang dari rumah meluap-luap kemarahan atau nak mempertikai itu dan ini kepada Anwar, tetapi bila berhadapan dengan "Peliwat Mulia" ini habis cair. Kedengaran juga jika disentuh oleh Anwar, sure akan bangkit berahinya dan rela disontot.
Setelah diberi peluang untuk mengelak semua sudut, akhirnya Peliwat Mulia ini terpaksa menghadap juga dosa yang dituduh kepadanya. Saat akhir pun Peliwat Mulia ini masih mengelak dengan hanya berada di kantin mahkamah bukan dalam ruangan bicara mahkamah. Tetapi bila diugut oleh hakim bahawa akan menarik balik keistimewaan jaminan, tahu pun dia takut.
Dalam episod kali ini ada dua kehairanan dan kemusykilan maha pelik iaitu:
1. Mengapa Anwar Ibrahim teramat mengelak dari perbicaraan kes ini berlangsung dengan pelbagai alasan dan hanya berada di kantin tidak di ruang bicara mahkamah? Mungkin kejadian elak mengelak ini boleh kita kaitkan dengan perpatah " BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH"... oleh kerana Anwar Ibrahim takut sangat-sangat ( dengan mengelak ) ini bererti dia memang melakukan seks luar tabii kepada Saiful Bukhari ( sekadar teori ).
2. Pernah satu ketika, Peguam Anwar Ibrahim iaitu Karpal Singh seperti berkonfrantasi dengan anak guamnya ( Anwar ) dengan maki hamun yang hebat, sehingga terkeluar kenyataan "Anwar harus bertaubat" . Tetapi kini mengapa beliau bersungguh-sungguh membela Anwar di saat peguam lain merasakan pembelaan mereka akan sia-sia. Karpal yang dilabelkan sebagai peguam terhebat se Malaya, maka pasti bayaran juga tentulah juga hebat, pastinya JUTAAN RINGGIT.......persoalanya mana Anwar ambik duit sampai jutaan ringgit tu kalau nak dikira dari elaunnya sebagai Ahli Parlimen? Atau mungkin kesempatan sebagai peguam Anwar merupakan konspirasi DAP untuk menyingkirkan Anwar dari menjadi perosak kepada mereka.
Kami sebagai rakyat sentiasa berdoa kepada Allah swt, tunjukkan lah kebenaran, biarlah yang BENAR di pihak yang BENAR, yang BATIL tetap BATIL.

Saturday, January 30, 2010

Akhirnya Ariffahmi mengaku kalah.


Akhirnya Almenantunya Nik Aziz yang "didakwa" melingkupkan Perbadanan Menteri Besar Kelantan menyerah kalah akibat tekanan bertubi-tubi oleh blogger dan rakyat, termasuk orang PAS sendiri.

Blogger Kickdefella antara yang paling banyak mendedahkan perbuatan buruk yang paling dipantangi oleh orang-orang PAS iaitu Kronisme, Nepotisme dan Rasuahisme, walaupun dah ramai pemimpin-pemimpin PAS sedang lakukan.

PAS kini bukan parti kampung, parti orang miskin, parti fanatik Islam, tetapi PAS sudah menjadi parti elit yang dipenuhi oleh golongan kaya dan profesional. Jangan sebutlah orang korporat yang berjaya dalam perniagaan kerana dasar Barisan Nasional atau golongan muda yang menjadi teknokrat, profesional hasil perjuangan DEB oleh UMNO, bahkan mereka yang kaya adalah YB-YB PAS di Kelantan juga, tidak ketinggalan hasil menawan 3 buah negeri lain tidak ketinggalan di Perak juga walaupun setahun, juga sempat kaya.

Sebenarnya isu Almenantunya Nik Aziz ini amat memedihkan hati ramai orang PAS, kerana mereka terasa pilu apabila dahulu sebelum ini Nik Aziz dan PAS menghentam kes menantu kepada Tun Abdullah sehingga calar imej mr clean Tun Abdullah. Orang PAS merasa seperti doa Nik Aziz yang memohon bala kepada pemimpin UMNO, akhirnya terkena Tok Guru sendiri, "ibarat meludah ke langit, tetapi kahak najis yang jatuh ke batang hidung".

Rasanya ramai orang PAS yang amat sayang pada Nik Aziz ni berasa lega, sebab Almenantunya terpaksa meletak jawatan lebih awal dari tarikh sebenarnya iaitu pada 31 Januari 2010 yang sepatutnya pada Mac.

Blogger nak ucapkan pada blogger Kickdefella ini kerana berjaya mendedahkan keketoran dalam kerajaan negeri Kelantan dan PAS. Tahniah juga pada Husam Musa sebab strateginya berjaya dengan meletakkan blogger ini di luar bagi memudahkan penyingkiran Almenantunya tanpa melukakan mentornya Nik Aziz. Paling tahniah ialah anak-anak Nik Aziz sendiri yang menambah parah apabila menjadi tikus yang membaiki labu.

Blogger: Rasuah adalah seperti makan daging babi.

Wednesday, January 27, 2010

Kelantan "ANAK EMAS" Barisan Nasional.


Kerajaan Persekutuan memutuskan sebanyak RM20 juta wang ehsan diberikan kepada Kelantan yang akan dibayar pada Mac ini. Hasil perbincangan Kerajaan Persekutuan dengan Petronas baru-baru ini, wang itu merupakan hasil pengeluaran hasil minyak dan gas di Medan Bumi Selatan, Blok PM301 yang berdekatan dengan perairan Kelantan. Jumlah RM20 juta itu merupakan nilai lima peratus daripada jumlahkeseluruhan hasil di blok tersebut sejak Mei 2008.
Kerajaan PAS Kelantan sememangnya kurang senang dengan wang ehsan ini, kerana mereka tidak menjadi pihak yang berkuasa menguruskan wang tersebut. Namun kerajaan Pusat sebenarnya mempelawa wakil dari kerajaan negeri Kelantan untuk terlibat dalam menguruskan wang tersebut, tetapi ditolak.
Sejarahnya Kelantan yang diperintah oleh PAS lebih 10 tahun itu tidak pernah dianaktirikan dari segi peruntukkan pembangunan kepada rakyatnya. Sebenarnya rakyat Kelantan memang beruntung kerana mereka adalah "ANAK EMAS" kerajaan Pusat. Rakyat Kelantan juga sebenarnya lebih suka diperintah oleh PAS kerana status ANAK EMAS itu memberi banyak kelebihan berbanding negeri yang diperintah oleh BN, pelbagai kemurahan hati ditawarkan kepada orang Kelantan dengan harapan mereka akan memilih Barisan Nasional sebagai kerajaan negeri. Tetapi orang Kelantan lebih bijak berpolitik dan bijak mencipta alasan untuk menolak BN pada setiap kali pilihanraya yang akan membuatkan BN merasa bersalah.
Percayalah walau apa kekusutan dan kelemahan kerajaan PAS Kelantan dicanangkan, tetapi orang Kelantan lebih bijak memilih demi kesenangan mereka dan pemimpin mereka..WR

Tuesday, January 26, 2010

Jika Allah tidak meredhai........

Manusia merancang, Allah juga ada perancanganNya, sesungguhnya perancangan Allah jua lah yang benar...Pernah seorang sahabat bertanya pada seorang alim..."apa akan jadi jika orang yang dikatakan alim membuat kebatilan dicampur aduk dalam segala tindak tanduk kehidupan..?" jawab orang Alim lagi Murshid itu..."tunggulah saat-saat kehancuran mereka kerana Allah tidak redha..."