Sunday, April 19, 2009

Larangan wakil rakyat letak jawatan.


2, 3 hari ni ramai yang bercakap soal perletakan jawatan Fairus, ADUN Penanti. Maka akan ada satu lagi pilihanraya kecil dalam masa tidak sampai sebulan selepas PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Sudah semestinya bahang dan kesan PRK Permatang Pauh masih lagi dirasai di Penanti.

Jika dikaji Permatang Pauh sudah menjadi medan wakil rakyat letak jawatan sesuka hati, dan seperti tidak memikirkan kesan kepada masyarakat sekitar dan sudah semestinya pengundi, juga petugas parti yang akan bertungkus lumus bertugas.

Tindakan sewenang-wenang meletak jawatan oleh wakil rakyat boleh disifatkan sebagai manusia yang tidak bertanggungjawab malah boleh disifatkan sebagai tidak bermoral. Perkara ini perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan terutamanya SPR bagi memastikan gejala tidak bermoral ini tidak berterusan.

Mengapa saya kata tidak bermoral? Ini kerana parti politik seharusnya memikirkan soal rakyat bukan soal kepentingan parti tersebut sahaja. Terfikirkah mereka perpecahan yang akan berlaku dalam masyarakat akibat terlalu berpolitiking terutamanya masa PRK. Orang yang menang menjadi YB, hidup senang lenang dengan pelbagai kemudahan itu dan ni, jawatan itu dan ini. Tapi bagaimana dengan rakyat yang berpecahbelah?

Sama-sama kita fikirkan...............

No comments:

Post a Comment