Selepas perang mulut DAP dengan PKR berhubung peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai ADUN Penanti, kini PAS pula berniat menolak parti Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil nanti.
Orang-orang PAS mempertikaikan kenapa Fairus dihukum, sedangkan mahkamah belum menjatuhkan hukukam. Dan yang menjadi mangsa adalah pengundi dan juga sudah tentulah pekerja parti itu yang terpaksa berhempas pulas untuk memenangi calon PKR.
PAS bimbang akan timbul keraguan dikalangan pengudi yang akan mempertikaikan cara Fairus meletak jawatan, apakah wujud unsur konspirasi.
Komen blogger: Manusia mempunyai banyak masa untuk memajukan diri, baik dalam soal duniawi atau ukhrawi, tetapi manusia lebih suka menghabiskan masa untuk menimbulkan sikap benci membenci sesama manusia.
Adanya piliharaya kecil, ramai yang akan mendapat keuntungan, tetapi lebih ramai yang akan mendapat kerugian. Fikirkan lah...
No comments:
Post a Comment