Tuesday, April 21, 2009

Sivakumar dan politiking


Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V Sivakumar (N33 Tronoh) mendakwa beliau telah difitnah berhubung arahan mengeluarkan notis persidangan dewan itu yang dijadual pada 7 Mei ini.
Katanya beliau terperanjat dengan laporan akhbar The New Straits Times (NST) semalam bahawa ada pihak mengatakan beliau telahpun dimaklumkan tentang persidangan DUN itu sebelum notis mesyuarat itu dikeluarkan sedangkan sebelum ini, beliau berkata notis itu dikeluarkan tanpa pengetahuannya.
Nampaknya orang-orang Perak akan terus menerus terlibat dalam politiking, macam kata pepatah moden: " makan politik, tidur politik, main politik, segala-galanya politik" , pendek kata orang Perak hari-hari akan cerita pasal politik.
Dalam kes Sivakumar ni, nampaknya dia sedang mempertahankan saki baki kuasa Pakatan Rakyat yang masih ada selepas kejatuhan mereka. Pakatan Rakyat bimbang kalau sidang DUN boleh dijalankan maknanya, Sivakumar akan di"pencen"kan dari jadi Speaker. So dah kurang masyhuk la......



No comments:

Post a Comment