Setelah terbaris dalam senarai orang kepercayaan KJ, Norman Zahalan telah dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang. Kenyataannya yang pertama setelah dilantik ke jawatan Ketua Pemuda Negeri, Norman yang juga Ketua Pemuda Bayan Baru mahu BN meletakkan calon dalam pilihanraya di Penanti.
Blogger bersetuju dengan Norman, bahawa BN dan UMNO harus mempertahankan maruah parti dari dipermainkan jika tidak bertanding. Blogger juga yakin Norman mempunyai kekuatan untuk mengerahkan jentera untuk bekerja di Penanti. Namun Norman harus memikirkan bahawa jentera yang bakal bergerak nanti mesti lah datang dari pihak yang kalah. Blogger sempat bersembang-sembang dengan pemuda Pematang Pauh, rata-rata menyatakan UMNO-BN akan kalah.
Nasihat blogger kepada Norman, perubahan kepada jentera pemuda hendaklah dilakukan secara total, harus lebih segar dan mesra pemuda. Tidak bermakna, memasang poster di merata-rata tempat itu menunjukkan pemuda telah bekerja, sebaliknya Norman sendiri yang harus turun bersama-sama dengan pemuda, bekerja bersama pemuda diakar umbi, bukan berbaju linen keras, berkaca mata hitam, berteduh di bawah pokok dan memerhati dan mengarah pemuda bekerja.
Nak tarik hati pemuda, pemimpin harus menyingsing lengan bersama dengan mereka, membonceng motosikal bersama mereka. Harap Norman boleh nasihat "BOS-BOS" dalam pemuda UMNO untuk "bersama" dengan pemuda.
No comments:
Post a Comment