Tidak dapat dinafikan juga, UMNO sedang menjalankan perang psikologi untuk membolehkan pakatan rakyat mendedahkan tektik dan terperangkap dengan jerat mereka sendiri. Buktinya PKR meletakkan calon yang dikatakan mantap dan berkelayakan, iaitu Dr. Mansor Othman dan Lim Guan Eng sendiri mengumumkan wakil rakyat penanti itu akan menduduki kerusi Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang.
Jika tidak berhati-hati mungkin PKR boleh tewas, dengan akibat tindakan mereka sendiri. Kita kena memahami situasi Penanti agak berbeza dengan situasi Permatang Pauh. Orang-orang PAS sendiri berasa curiga dengan permainan politik PKR di Penanti, sehingga menyebabkan Fairus meletak jawatan TKM1, dan ADUN Penanti. Begitu juga dengan pengundi atas pagar. Jika BN akan bertanding isu ini jika dikupas dengan baik, peluang untuk merebut kerusi Penanti amat cerah.
No comments:
Post a Comment