Sunday, June 28, 2009

1 Malaysia.

Biasiswa Nasional

PUTRAJAYA 27 Jun – Kerajaan akan mewujudkan satu kategori khas biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dikenali Biasiswa Nasional yang kelayakannya 100 peratus berdasarkan merit mulai tahun depan.
Mengumumkan perkara itu malam ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kajian semula pengagihan biasiswa JPA itu menetapkan hanya pelajar yang meraih keputusan peperiksaan terbaik sahaja akan memperoleh biasiswa tersebut tanpa mengira kaum dan agama.
‘‘Kerajaan akan umumkan tahun depan (dan bukannya tahun ini), lebih-lebih lagi kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri) baru sahaja mengumumkan had subjek yang perlu diambil dalam Sijil Pelajaran Malaysia (10 subjek).
‘‘Jadi, siapa yang dapat biasiswa ini nanti adalah pelajar terbaik di antara yang terbaik. Inilah hasrat kerajaan yang mana rakyat didahulukan, kita mesti mengambil kira pertimbangan rakyat (seluruhnya),” katanya.
Najib berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam meraikan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri keenam anjuran MCA dan pertubuhan-pertubuhan komuniti Cina di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini malam ini.
sumber: Utusan Malaysia Online.

1 comment:

  1. Bagi la semua sekali. Nak buat macamana lagi, orang Melayu dah berpecah. Lepas ni, jika pelajar tu orang Melayu, maka dia kena ada kebolehan tambahan, baru dapat biasiswa. Bila UMNO hancur, oarng Melayu tak dibenarkan lagi dapat biasiswa sebab orang Melayu dah dapat dulu. Sekarang giliran orang bukan melayu la pulak dapat biasiswa.

    Teruskan bergaduh, Melayu.

    ReplyDelete