Tuesday, July 14, 2009

Allah memilih PAS di Manek Urai

8.58pm Keputusan rasmi Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah, seorang pemborong ikan, menang dengan majoriti "nyawa-nyawa ikan" sebanyak 65 undi. PAS mendapat 5,348 undi sementara calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.
TAHNIAH YB dan YAB Mursyidul Am PAS.

Assalamualaikum YB Pojie, pah ni mu nak juaa ikan le, gapo-gapo pun mu keno buak kejo utok ghaqyat, pasa parti mu Isle. Tapi parti mu tak po buak apo pun tak doso.

Tahniah juga kepada semua petugas jentera PAS yang bertungkus lumus, untuk memastikan bahawa PAS masih releven di bumi Serambi Mekah PAS. Dengan keputusan yang majoriti hanya 65 undi, nampaknya PAS sedang ditolak oleh rakyat Kelantan sendiri. Saya pecaya bahawa Manek Urai akan terus dipinggirkan oleh kerajaan Negeri Kelantan, satu kerana mereka tidak mempunyai keupayaan untuk melakukan perubahan, tetapi yang lebih penting rakyat Manek Urai perlu dihukum kerana DOSA mereka tidak mengundi PAS, dengan DOSA ini PAS akan menurunkan BALA di Manek Urai sebagai pengajaran atas DOSA itu.

WR: tertunggu-tunggu dengan tidak sabarnya apa Mursyidul Am PAS nak komen apa, tentang kemenangan ini.

No comments:

Post a Comment