Monday, July 13, 2009

BN kalah dan kalah di Man.U

Tinggal berberapa jam lagi pengundi Manek Urai yang berjumlah 12,293 orang akan menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi berdaftar, semoga mereka dapat membuat pilihan yang bijak berdasarkan kebijaksanaan, rasional dan realistik tetapi bukan berdasarkan emosional.
WR menerima berbagai maklumat dari rakan-rakan yang berkampung di Man.U, ada yang menyatakan bahawa BN bakal menang kerana berdasarkan kepada tinjauan kecenderungan pengundi adalah 60% kepada BN. Itu pun dilihat kepada jumlah penduduk yang menyertai program yang dianjurkan oleh BN. TPM yang juga pengerusi jentera pilihanraya BN, menyatakan rakyat yang berjumpa dengannya mengharapkan perhatian kerajaan BN untuk membela nasib rakyat Man.U, untuk membina masjid, sekolah dan lain-lain kemudahan awam yang tidak dapat diadakan oleh kerajaan PAS Kelantan.
Kepada WR, jika ukuran itu digunakan nampaknya BN amat mudah ditipu oleh rakyat Kelantan yang selama ini menggunkan kaedah sama sejak 15 tahun dahulu. Mereka akan dengan muka selamba meminta itu dan ini dari kerajaan pusat tetapi mereka tetap memegang kepada fatwa Murshidul Am PAS yang menyatakan " orang bagi kain pakai, orang bagi duit belanja, tapi undi bagi pada PAS".
BN masih lagi dengan keadah kempen yang sudah kuno iaitu mengula-gulakan pengundi dengan materialistik, dan materialistik juga yang ditaburkan di Man.U. Bergembiralah penduduk Man.U dengan limpahan yang mencurah-curah datang ke kawasan mereka. Sepatutnya BN telah mengubah kaedah kempen dalam PRK, dari terlalu memberi dan menjanji kepada bercakap soal kepentingan politik Melayu.
WR memberi tahu kepada kawan yang berada di Man.U bahawa BN akan kalah dan kalau menang pun hanya untuk sementara tapi dalam PRU ke 13 ni, BN akan kehilangan Man.U semula.

No comments:

Post a Comment