Sunday, October 4, 2009

Kejadian Kampung SODOMI berulang...

Kira-kira 400 orang yang sedang menghadiri satu majlis pernikahan dikhuatiri hilang ditelan bumi di Dusun Pulau Aik, Padang Pariaman ketika gempa bumi melanda Sumatera Barat pada Rablu lalu pada 5.16 petang 30 Sept.

Kebimbangan itu berdasarkan keadaan kampung itu yang kini rata ditutupi tanah dan menara masjid, yang merupakan struktur tertinggi di situ, bahkan juga sudah tidak kelihatan.
"Mereka ditelan bumi sedalam 30 meter akibat gempa dan longsor (tanah runtuh)," kata Ketua Pusat Penanganan Krisis Kementerian Kesihatan Indonesia, Rustam S. Pakaya yang dipetik detikcom, hari ini.

Sambil menyebut bahawa pasukan mencari dan menyelamat tidak mungkin menggali sedalam 30 meter untuk mengeluarkan mangsa, beliau berkata, dengan tenggelamnya kampung itu, proses mencari dan menyelamat sangat sukar untuk dijalankan walaupun pasukan pencari masih berusaha.

Tragedi di kampung itu yang berlaku pada pukul 5.16 petang merupakan satu daripada beberapa kejadian serupa apabila mangsa tertimbus dan terhimpit di celah runtuhan bangunan, yang kini mendapat perhatian setelah komunikasi dan jalan raya mulai dapat berfungsi semula.

WR: Pelbagai persoalan yang timbul difikiran bila mendengar tragedi ngeri ini, di zaman moden ini jarang sekali didengari kejadian sebegini. Masa di sekolah dulu adalah Ustazah menceritakan bagaimana kaum Nabi LUTH di Kampung SODOMI yang ditimbus oleh bumi akibat tabiat terkutuk mereka iaitu melakukan seks sesama lelaki dan menjadi kelaziman mereka. Juga berberapa kejadian ngeri yang Allah turunkan sebagai bala kepada umat terdahulu yang mengingkari serta kufur dengan perintah Allah.

Pada zaman Nabi Muhammad SAW, Baginda berdoa kepada Allah supaya bala bencana ditangguhkan dahulu jika umatnya melakukan kemungkaran. Namun adakah manusia kini telah melakukan kemungkaran ke tahap yang serius sehingga Alah begitu MURKA.

Pada kita yang masih selamat dan diselamatkan dari bala bencana yang Allah turunkan itu, haruslah bermuhasabah diri adakah kita telah melaksanakan perintah Allah dengan baik, atau adakah kita selama ini menganggap diri kita alim, tetapi dengan sengaja mempersendakan Islam, malah lebih parah lagi sanggup mempergunakan Islam untuk kepentingan politik kuasa?

No comments:

Post a Comment