Thursday, December 31, 2009

Kelantan: Jatuh tangga ditimpa tangga.

Kerajaan Negeri Kelantan terus dirundung malang kebelakangan ini dengan pelbagai peristiwa yang berlaku yang pasti akan menambahkan pening kepala buat YAB Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Dengan isu menantu yang menjadi CEO PMBK, sehingga lah kepada perletakkan jawatan berberapa pegawai kanan di Pejabat Menteri Besar. Terbaharu kerajaan negeri itu diarah supaya membayar sejumlah wang RM800 juta setelah melanggar perjanjian konsesi pembalakan dengan sebuah syarikat pembalakan bumiputera. Apa yang pasti ini akan memberi kesan negatif yang besar kepada Nik Aziz dan PAS secara keseluruhannya. Berikut adalah laporan akhbar di Utusan Online:


Ganti rugi RM800 juta
Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my

KOTA BHARU 30 Dis. – Kerajaan negeri Kelantan diarah membayar ganti rugi RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan kerana melanggar beberapa perjanjian di antara kedua belah pihak sejak 45 tahun lalu.
Keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu itu dikatakan mencatatkan sejarah tersendiri kerana jumlah ganti rugi merupakan antara yang terbesar dalam kes sivil di negara ini.
Menurut sumber, pada prosiding tersebut, Timbermine Sdn. Bhd. diwakili oleh Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan kerajaan negeri diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Khairul Anuar Wahab.
Difahamkan Hakim Datuk Azman Husin membuat keputusan tersebut dalam prosiding yang berlangsung pagi tadi membabitkan Timbermine Sdn. Bhd. dan kerajaan negeri. Kes itu dipercayai difailkan pada 2004.
Utusan Malaysia difahamkan menurut fakta kes, syarikat pembalakan itu memperoleh konsesi balak beratus ribu hektar di Hulu Kelantan.
Bagaimanapun keluasan asal dikurangkan kepada separuh tetapi masih mengekalkan perkongsian di antara kedua-dua pihak.
Masalah dipercayai timbul apabila kerajaan negeri didakwa melanggar perjanjian konsesi dengan tidak membenarkan syarikat itu menjalankan pembalakan di kawasan yang dimilikinya.
Ekoran daripada itu syarikat yang dikatakan milik bumiputera terbabit terpaksa menanggung kerugian besar selepas pelaburan bernilai jutaan ringgit termasuk pembinaan beberapa buah kilang kayu tidak dapat beroperasi.

No comments:

Post a Comment