Tuesday, December 29, 2009

Salam 1Malaysia bida'ah ??


Seperti biasa, apa sahaja perkara baik yang cuba diterapkan oleh pihak kerajaan dikalangan rakyat majmuk Malaysia akan menjadi tohmahan dan juga kejian dari pihak pembangkang. Ini seolah-olah menunjukkan mereka irihati dan juga dengki dengan usaha-usaha yang dibuat.

Begitu juga dengan setiap apa sahaja usaha murni pemimpin negara menyatupadukan rakyat negara ini, dipandang serong oleh kelompok-kelompok pembangkang ini. Mungkin puak-puak ini telah begitu sinonim dengan gelaran pembangkang hinggakan usaha yang baik pun dibangkang juga.

Sempena slogan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Salam 1Malaysia juga telah menjadi ucapan pembuka kata dikalangan rakyat negara dan juga media massa.
Ungkapan Salam 1Malaysia ini telah dikecam hebat terutamanya dari ulamak-ulamak politik parti Pas yang menyamakan Salam 1Malaysia ini dengan ucapan salam yang diajarkan oleh baginda Rsulullah SAW. Maka banyaklah hujah-hujah dangkal yang berlandaskan irihati semata-mata di hamburkan di media pro pembangkang mengenai betapa "sesatnya" Salam 1Malaysia.

Pihak-pihak ulamak politik Pas terpaksa memeras otak untuk memutarbelitkan kenyataan demi untuk memberitahu jemaah mereka bahawa Salam 1Malaysia yang semakin terkenal di kalangan rakyat berbilang kaum ini merupakan satu perkata yang bida'ah.

Pertikaian mengenai perkara ini jelas menunjukkan betapa ceteknya pemikiran ulamak-ulamak politik Pas. Ia juga menunjukkan sifat parti Pas ini seperti "kuman diseberang laut nampak manakala gajah didepan mata pura-pura buta".

Jika Salam 1Malaysia merupakan perbuatan bida'ah, bagaimana pula dengan Salam Kamunting yang sering kali diucapkan oleh anak MB Kelantan iaitu Nik Abduh ?

Bagaimana pula hukumnya dengan ungkapan Salam Perjuangan, Salam Ukhwah, Salam Jihad yang banyak digunakan di blog-blog pemimpin dan juga penganut ajaran Pas ? Ulamak-ulamak politik Pas harus menghukum semua ungkapan salam ini juga sebagai bida'ah.

Ungkapan "assalamualaikum" merupakan satu ungkapan doa yang diajar oleh baginda Rasulullah SAW. Baginda juga menggalakkan kita mengucapkannya apabila kita bertemu sesama kita bagi mengeratkan hubungan sesama muslim. Ucapan yang diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW ini hukumnya sunnat tetapi ia menjadi wajib pula kepada si penerima salam untuk menjawabnya.

Jika ada ungkapan salam selain dari seperti yang diajarkan oleh Rasulullah SAW itu merupakan amalan bida'ah, mungkin ulamak-ulamak politik Pas serta semua jemaah penganut ajaran Pas juga pernah melakukan perkara bida'ah selama ini.

Apakah ulamak-ulamak poltik Pas dan juga para jemaahnya tidak pernah mengungkapkan Salam Sayang, Salam Rindu, Salam Mesra dan bermacam-macam jenis salam lagi sewaktu remaja. Malah kini masih banyak lagi golongan tua yang masih terikat dengan pelbagai salam kasih sayang ini. Siapa dikalangan jemaah Pas dapat menafikan kenyataan ini ?

Tujuan sebenar pihak-pihak pembangkang melemparkan persepsi negatif terhadap ungkapan Salam 1Malaysia ini hanyalah semata-mata bertujuan politik. Mereka-mereka ini bukan bertujuan untuk berdakwah mengenai kebenaran ajaran Islam, tetapi mereka hanya mahukan kredit disebalik setiap hujah mereka.

Ini sebenarnya menjadi modal untuk mereka memburukkan Perdana Menteri dan juga kerajaan. Ini juga modal mereka untuk mencari pendapatan sampingan didalam ceramah-ceramah mingguan.

Tak salah rasanya Salam 1Malaysia untuk mengeratkan perpaduan di kalangan rakyat. Tak juga salah jika Salam Sayang diucapkan untuk menambahkan kemesraan diantara keluarga. Semua perkara yang berniat baik amatlah dituntut didalam Islam. Apatah lagi jika niat baik itu jika di praktikkan, ia akan membawa hasil yang baik juga.

Yang buruknya cuma jika Salam Persaudaraan tidak disambut hanya kerana dendam 60 tahun ataupun kerana berasa diri sendiri sahaja yang betul.

Ini bukan sahaja hukumnya bida'ah malah penolakan terhadap Salam Persaudaraan yang dihulurkan amatlah bertentangan dengan ajaran Islam yang dibawa oleh baginda Rasulullah SAW.

Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Musa radhiallahu 'anhu, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, maksudnya:
"Orang mukmin dengan orang mukmin itu adalah seperti sebuah bangunan, menguatkan antara sebahagiannya dengan sebahagian yang lain, kemudian baginda menyelang kuat di antara jari-jari baginda". (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Salam 1Malaysia buat semua.

No comments:

Post a Comment