Katanya Ahli Parlimen BN perlu mengambil berat kehadiran mereka dalam sidang Parlimen manakala Ahli Parlimen pembangkang tidak harus bersikap suka mengambil kesempatan. Beliau mengingatkan sekiranya bajet itu tidak diluluskan akan memberi implikasi buruk bukan sahaja kepada kerajaan malahan negara secara keseluruhannya.
Pandikar Amin Mulia menyatakan demikian ketika ditemui wartawan di pejabatnya Selasa untuk mengulas drama yang mencemaskan itu dimana Bajet 2010 diluluskan dengan undi tipis 66-63 sahaja. Katanya jika bajet itu tidak diluluskan bermakna kerajaan tidak akan mendapat perbelanjaan yang dibentangkan baru-baru ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang jaga urusan parlimen mengingatkan para Ahli Parlimen BN supaya tidak mengharapkan mereka bernasib baik selalu. Ini mengenangkan insiden undi tipis antara Ahli Parlimen BN dan pembangkang berlaku dalam sidang parlimen baru-baru ini .
Katanya mereka harus bersikap sentiasa bersiap sedia. “Mungkin selepas ini beri saya pistol, akan saya letakkan di kepala Ahli-ahli Parlimen (BN) dan tembak jika tidak hadir,” katanya secara sinis. Nazri mengakui beliau menyedari sesuatu yang tidak kena apabila melihat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama-sama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang masih berada di Parlimen sehingga pukul 8 malam Isnin.
“Kebiasaannya pada waktu ini mereka sudah tiada tetapi yang anehnya ramai anggota pembangkang masih berada di Parlimen pada waktu itu,”katanya
KOMEN WR: Kita tidak mahu menyalahkan mana-mana wakilrakyat, tetapi bagi BN ungkapan "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" perlu difahami dan diaplikasikan sepenuhnya, bukan sekadar ungkapan retorik sahaja. Situasi yang mencemaskan itu boleh memberi kesan bukan sekadar kepada politik BN tetapi memberi kesan kepada rakyat. Bayangkan bagaimana jika bajet tidak dapat diluluskan, di saat pembangkang yang sentiasa mencari jalan untuk menjahanam segala perancangan untuk rakyat.
Pengajaran yang amat berguna perlu dipelajari selepas isu kerusi DUN Seputih dan tragedi di Parlimen semalam kepada BN. Jangan "hidung sentiasa tersumbat".
No comments:
Post a Comment