Sejarah DAP...klik..
Diasaskan pada Oktober 1965, Parti Tindakan Demokratik (DAP) didaftarkan secara rasmi enam bulan kemudian pada 18 Mac 1966 sebagai sebuah parti demokratik sosial yang:
“berjanji akan berpegang kuat kepada ideologi satu negara Malaysia yang bebas, demokratik dan berfahaman sosialis, berdasarkan prinsip-prinsip keadilan kaum dan kesaksamaan sosial dan ekonomi yang berasaskan institusi demokrasi berparlimen.”(PERISYTIHARAN SETAPAK, dibuat pada Kongres Kebangsaan DAP pertama di Setapak, Kuala Lumpur pada 29 Julai 1967)
Pada Ogos 1966, “Lidah Rasmi” Parti iaitu Roket diterbitkan buat pertama kali.
Pada Oktober 1967, DAP menyertai 55 parti demokratik sosial, sosialis dan buruh yang lain di seluruh dunia sebagai ahli Socialist International (SI)-klik sini, di Persidangan Antarabangsa SI di Zurich, Switzerland.
Solidariti Antarabangsa
Solidariti adalah senjata paling ampuh dalam perjuangan menentang penindasan dan ketidakadilan dan ianya merangkumi semua penduduk di dunia. Setiap individu yang berpegang kepada nilai-nilai asas ini adalah sekutu dan rakan kami dalam menghadapi kezaliman, pemerintahan diktator, korupsi, eksploitasi dan penindasan.
Sebagai ahli Sosialis Antarabangsa atau Socialist International (SI), DAP bersatu hati dengan sosialis demokratik atau demokrat sosial di seluruh dunia yang memperjuangkan kehormatan kemanusiaan dan demokrasi sosial. Kami bersolidariti dengan mereka yang tertindas dan yang membantah peperangan yang tidak adil serta penghasilan senjata perang. DAP sebarisan dengan mereka yang mengutamakan keamanan berdasarkan kerjasama setara yang disokong oleh pengetahuan saintifik dan perkembangan teknologi.
Senarai pertubuhan yang menjadi ahli dalam Socialist Internasional (SI), antaranya:
- Jewish Labour Bund, JLB
- World Labour Zionist Movement, WLZM
No comments:
Post a Comment