PKR yang semakin liberal dan sosialis sehingga menghampiri kepada sekularisme dilanda krisis maha hebat apabila berberapa ahli parlimen mereka meninggalkan parti itu untuk menjadi wakil rakyat bebas. Kebanyakkan mereka adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam, maka dengan melihat bahawa PKR bukan lagi meletakkan matlamat perjuangannya berteraskan Melayu dan Islam maka, selagi orang Melayu yang asal dari darah Melayu akan tetap tidak akan mengkhianati bangsa sendiri, tambahan pula bila Islam dicemari.
Dengan dasar yang dilihat melebihkan sekularisme dalam PKR, maka orang Melayu tidak akan menerima perbuatan terkutuk itu. PKR juga akan akhirnya menjadi parti yang akan tinggal dalam lipatan sejarah.
Ada kawan bagi tau, ramai YB yang dok keluar PKR, sebab tak mahu dicalitkan dalam sejarah bahawa pemimpin atau imam mereka adalah PELIWAT. Mereka sudah tahu siapa ANWAR itu, mereka tahu bahawa PELIWAT itu adalah SYAITAN bertopeng manusia.
Yang ada dalam PKR tu semuanya 'accidental politicians'. Menang pilihanraya lalu hanya kerana situasi yang tidak menyebelahi BN. Kemenangan calon-calon PKR pun bukannya atas kekuatan PKR sendiri tetapi lebih kepada kekuatan penyokong PAS yang bekerja kuat memenangkan calon-calon PKR. Juga sokongan kuat daripada bukan Melayu yang jelas menolak penguasaan politik Melayu melalui UMNO. Penolakan ke atas calon-calon komponen BN yang lainnya oleh bukan Melayu pula kerana pada pemikiran mereka memenangkan komponen BN bererti memenangkan UMNO.
ReplyDeletePRU 12 adalah turning point bukan Melayu menolak penguasaan Melayu dalam politik negara. Ini menjadi mudah apabila ada kelompok politik Melayu sendiri berpendirian demikian. Secara sedar atau tidak sedar kelompok pemimpin politik Melayu ini telah membantu bukan Melayu dalam percubaan untuk meruntuhkan kuasa politik Melayu tang telah bertahan setengah abad di Malaysia.
Lihat sahaja kredibiliti calon-calon PKR dalam pilihanraya lalu. Segelintir kecil sahaja yang benar-benar layak diketengahkan sebagai calon, kebanyakannya nak jadi YDP PIBG pun tak layak.
Parti manakah yang paling beruntung atas kelemahan dan keruntuhan PKR sekiranya berlaku? Tentunya DAP yang bercita-cita besar menjadikan Malaysia milik mereka. Sekiranya lebih ramai AP PKR keluar parti ia akan menjadikan PKR komponen terkecil pakatan dalam Parlimen dan secara lansung menjadikan DAP lebih dominan di barisan pembangkang di Parlimen. Dengan itu ideologi politik DAP akan menjadi teras pembangkang di parlimen walaupun DAP tetap menyokong Anwar sebagai Ketua Pembangkang. Barisan pembangkang akan menari menurut rentak yang dimainkan DAP. Berkemungkinan juga berlaku AP PKR bukan Melayu melompat ke DAP yang akan menambah kekuatan DAP di bangku pembangkang.
Cukup malang bagi PAS, yang menunjukkan komitmen kuat untuk memenangi pilihanraya menerusi penyokong-penyokong di akar umbi, tidak mendapat pengiktirafan yang sewajibnya dalam pakatan DAP-PKR-PAS. PAS seolah-olah diberi peranan pemain simpanan sahaja dalam pakatan. Kepimpinan PAS perlu mendesak untuk peranan yang lebih besar dalam pakatan kerana kekuhan PAS dan sokongan terhadap PAS mantap jika dibandingkan dengan kedua-dua parti yang lain. Mampukah PAS mengambil alih teraju pakatan parti pembangkang ini?
Wah, marah nampak.. kalau dah orang kampung Anwar pun marah dgn dia, kitorang yang jauh di selatan ni apa lah lagi.
ReplyDeletePKR = PARTI KIAN RAPUH.......
ReplyDelete