Thursday, June 25, 2009

Mengapa Mufti Perlu Kecewa?

PUTRAJAYA 24 Jun – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kecewa dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa parti Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan sesama Islam demi menegakkan ideologi politik mereka.
Sambil menyuarakan rasa kecewa dengan kegagalan merealisasikan kerajaan perpaduan Pas-UMNO, Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2008 itu berkata, parti yang mendakwa Islam ini bertindak tidak seperti mana DAP yang tidak bergaduh sesama parti Cina lain malah sanggup pula bersatu demi kejayaan kaum sendiri.
‘‘Saya sebenarnya amat berharap benda ini (kerajaan perpaduan) jadi (kenyataan) sebab saya sendiri memperjuangkan supaya masyarakat Melayu dan Islam ini bersatu.
‘‘Tapi saya kecewa. Mereka ini taksub kepada parti sehingga menganggap sesama mereka (dalam parti sendiri dan parti-parti Melayu lain) bukan bersaudara. Politik itu politiklah tapi persaudaraan Islam itu mestilah dijaga, maka haramlah memutuskan tali persaudaraan Islam itu,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia Online


WR: Datuk Harussani dan Dr Asri wajar merasa kecewa dengan sikap PAS yang sangat berpolitiking dalam isu kerajaan perpaduan kerana dua tokoh ini telah lama memperjuangkan penyatuan orang Islam di Malaysia. Tambah kecewa bila idea itu datang dari PAS sendiri dan akhirnya PAS sendiri menuduh buruk pada UMNO apabila tersepit dengan desakan DAP dan PKR.
Kita perlu mengimbau sejarah, PAS ditubuhkan atas dasar kekecewaan, bukan atas dasar perjuangan memerdeka orang Melayu dari belenggu penjajah. Jelas PAS lebih suka kepada penjajahan. Maka tidak hairanlah jika mereka lebih suka dijajah fizikal dan pemikiran. PAS adalah Biro Ulama dan Agama UMNO yang diwujudkan oleh Shiekh Abdullah Fahim untuk memasukkan golongan ulama ke dalam arus politik, namun apabila Datuk Fuad Hassan kalah dalam pemilihan YDP UMNO kepada Tunku Abd Rahman, beliau kecewa dan akhirnya menarik keluar biro ulama dan agama dari UMNO dan menubuhkan Pertubuhan Al-Islam Setanah Melayu (PAS). Semenjak dari saat itu PAS hanya lah berperanan mengkritik UMNO sehingga saat ini. Bagi PAS musuh mereka yang paling utama adalah UMNO dan mungkin syaitan pun jatuh nombor 2 atau 3.
Apa yang menarik, ramai golongan muda tertarik dengan PAS apabila melihat retorik PAS yang konon memperjuangkan Islam. Tapi akhirnya golongan yang bijak pandai ini ( hasil perjuangan UMNO ) kecewa dan meninggalkan PAS. Bagi mereka PAS hanyalah parti politik yang berpolitiking 100%. PAS tidak minat kepada penyelesaian masalah sosial negatif, PAS tidak pernah berkempen untuk membenteras gejala penyalahgunaan dadah atau samseng jalanan (mat rempit), sebaliknya menyalahkan UMNO kerana membawa masuk banyak pengaruh negatif ke dalam negara. Itu kesan Globalisasi.
Matlamat PAS adalah kuasa, bukan Islam. Muktamad!! WR.

1 comment:

  1. SALAM ZIARAH TUAN
    SEPERTI YG KITA TAU PAS MEMENTINGKAN KEDUDUKAN DLM PAKATAN DAN BUKAN MEMENTINGKAN PERPADUAN MELAYU ATAU AGAMA. SEMAKIN LAMA PAS SEMAKIN MEMINGGIRKAN WADAH PERJUANGAN ASAL DAN LEBIH CONDONG KPD MERAIH KERTAS UNDI PILIHANRAYA. NATIJAHNYA BOLEH KITA LIHAT BETAPA TERUKNYA PERPECAHAN SESAMA SAUDARA SEAGAMA

    ReplyDelete