Thursday, December 31, 2009

'Allah' boleh digunakan Herald Catholic Weekly

Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini, sebentar tadi memutuskan bahawa perkataan "Allah" boleh digunakan dalam penerbitan Herald Catholic Weekly. Hakim Datuk Lau Bee La membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Gereja Katolik.

Permohonan bagi semakan kehakiman berhubung penggunaan perkataan 'Allah' dalam penerbitan Herald Catholic Weekly itu dikemukakan oleh Ketua Paderi, Tan Sri Murphy Pakiam. Pada 16 Februari lalu, Pakiam, sebagai penerbit akhbar berkenaan, mengemukakan permohonan baru bagi mendapatkan semakan semula penghakiman selepas permohonan serupa pada 2008 dianggap bersifat akademik berikutan tamatnya tempoh sah permit penerbitan itu pada 31 Disember 2008.

Dalam permohonan semakan kehakiman itu, Pakiam yang bertindak sebagai pemohon, menamakan Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia sebagai responden, pertama dan kedua.

Pakiam, antara lain menuntut perisytiharan bahawa keputusan responden pada 7 Januari 2009 yang melarang beliau menggunakan perkataan 'Allah' dalam He-rald Catholic Weekly adalah menyalahi undang-undang dan perkataan 'Allah' bukan eksklusif untuk kegunaan agama Islam saja.
PAS bersetuju Herald Catholic Weekly menggunakan perkataan "Allah". klik di sini

Kelantan: Jatuh tangga ditimpa tangga.

Kerajaan Negeri Kelantan terus dirundung malang kebelakangan ini dengan pelbagai peristiwa yang berlaku yang pasti akan menambahkan pening kepala buat YAB Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Dengan isu menantu yang menjadi CEO PMBK, sehingga lah kepada perletakkan jawatan berberapa pegawai kanan di Pejabat Menteri Besar. Terbaharu kerajaan negeri itu diarah supaya membayar sejumlah wang RM800 juta setelah melanggar perjanjian konsesi pembalakan dengan sebuah syarikat pembalakan bumiputera. Apa yang pasti ini akan memberi kesan negatif yang besar kepada Nik Aziz dan PAS secara keseluruhannya. Berikut adalah laporan akhbar di Utusan Online:


Ganti rugi RM800 juta
Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my

KOTA BHARU 30 Dis. – Kerajaan negeri Kelantan diarah membayar ganti rugi RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan kerana melanggar beberapa perjanjian di antara kedua belah pihak sejak 45 tahun lalu.
Keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu itu dikatakan mencatatkan sejarah tersendiri kerana jumlah ganti rugi merupakan antara yang terbesar dalam kes sivil di negara ini.
Menurut sumber, pada prosiding tersebut, Timbermine Sdn. Bhd. diwakili oleh Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan kerajaan negeri diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Khairul Anuar Wahab.
Difahamkan Hakim Datuk Azman Husin membuat keputusan tersebut dalam prosiding yang berlangsung pagi tadi membabitkan Timbermine Sdn. Bhd. dan kerajaan negeri. Kes itu dipercayai difailkan pada 2004.
Utusan Malaysia difahamkan menurut fakta kes, syarikat pembalakan itu memperoleh konsesi balak beratus ribu hektar di Hulu Kelantan.
Bagaimanapun keluasan asal dikurangkan kepada separuh tetapi masih mengekalkan perkongsian di antara kedua-dua pihak.
Masalah dipercayai timbul apabila kerajaan negeri didakwa melanggar perjanjian konsesi dengan tidak membenarkan syarikat itu menjalankan pembalakan di kawasan yang dimilikinya.
Ekoran daripada itu syarikat yang dikatakan milik bumiputera terbabit terpaksa menanggung kerugian besar selepas pelaburan bernilai jutaan ringgit termasuk pembinaan beberapa buah kilang kayu tidak dapat beroperasi.

Tuesday, December 29, 2009

Salam 1Malaysia bida'ah ??


Seperti biasa, apa sahaja perkara baik yang cuba diterapkan oleh pihak kerajaan dikalangan rakyat majmuk Malaysia akan menjadi tohmahan dan juga kejian dari pihak pembangkang. Ini seolah-olah menunjukkan mereka irihati dan juga dengki dengan usaha-usaha yang dibuat.

Begitu juga dengan setiap apa sahaja usaha murni pemimpin negara menyatupadukan rakyat negara ini, dipandang serong oleh kelompok-kelompok pembangkang ini. Mungkin puak-puak ini telah begitu sinonim dengan gelaran pembangkang hinggakan usaha yang baik pun dibangkang juga.

Sempena slogan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Salam 1Malaysia juga telah menjadi ucapan pembuka kata dikalangan rakyat negara dan juga media massa.
Ungkapan Salam 1Malaysia ini telah dikecam hebat terutamanya dari ulamak-ulamak politik parti Pas yang menyamakan Salam 1Malaysia ini dengan ucapan salam yang diajarkan oleh baginda Rsulullah SAW. Maka banyaklah hujah-hujah dangkal yang berlandaskan irihati semata-mata di hamburkan di media pro pembangkang mengenai betapa "sesatnya" Salam 1Malaysia.

Pihak-pihak ulamak politik Pas terpaksa memeras otak untuk memutarbelitkan kenyataan demi untuk memberitahu jemaah mereka bahawa Salam 1Malaysia yang semakin terkenal di kalangan rakyat berbilang kaum ini merupakan satu perkata yang bida'ah.

Pertikaian mengenai perkara ini jelas menunjukkan betapa ceteknya pemikiran ulamak-ulamak politik Pas. Ia juga menunjukkan sifat parti Pas ini seperti "kuman diseberang laut nampak manakala gajah didepan mata pura-pura buta".

Jika Salam 1Malaysia merupakan perbuatan bida'ah, bagaimana pula dengan Salam Kamunting yang sering kali diucapkan oleh anak MB Kelantan iaitu Nik Abduh ?

Bagaimana pula hukumnya dengan ungkapan Salam Perjuangan, Salam Ukhwah, Salam Jihad yang banyak digunakan di blog-blog pemimpin dan juga penganut ajaran Pas ? Ulamak-ulamak politik Pas harus menghukum semua ungkapan salam ini juga sebagai bida'ah.

Ungkapan "assalamualaikum" merupakan satu ungkapan doa yang diajar oleh baginda Rasulullah SAW. Baginda juga menggalakkan kita mengucapkannya apabila kita bertemu sesama kita bagi mengeratkan hubungan sesama muslim. Ucapan yang diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW ini hukumnya sunnat tetapi ia menjadi wajib pula kepada si penerima salam untuk menjawabnya.

Jika ada ungkapan salam selain dari seperti yang diajarkan oleh Rasulullah SAW itu merupakan amalan bida'ah, mungkin ulamak-ulamak politik Pas serta semua jemaah penganut ajaran Pas juga pernah melakukan perkara bida'ah selama ini.

Apakah ulamak-ulamak poltik Pas dan juga para jemaahnya tidak pernah mengungkapkan Salam Sayang, Salam Rindu, Salam Mesra dan bermacam-macam jenis salam lagi sewaktu remaja. Malah kini masih banyak lagi golongan tua yang masih terikat dengan pelbagai salam kasih sayang ini. Siapa dikalangan jemaah Pas dapat menafikan kenyataan ini ?

Tujuan sebenar pihak-pihak pembangkang melemparkan persepsi negatif terhadap ungkapan Salam 1Malaysia ini hanyalah semata-mata bertujuan politik. Mereka-mereka ini bukan bertujuan untuk berdakwah mengenai kebenaran ajaran Islam, tetapi mereka hanya mahukan kredit disebalik setiap hujah mereka.

Ini sebenarnya menjadi modal untuk mereka memburukkan Perdana Menteri dan juga kerajaan. Ini juga modal mereka untuk mencari pendapatan sampingan didalam ceramah-ceramah mingguan.

Tak salah rasanya Salam 1Malaysia untuk mengeratkan perpaduan di kalangan rakyat. Tak juga salah jika Salam Sayang diucapkan untuk menambahkan kemesraan diantara keluarga. Semua perkara yang berniat baik amatlah dituntut didalam Islam. Apatah lagi jika niat baik itu jika di praktikkan, ia akan membawa hasil yang baik juga.

Yang buruknya cuma jika Salam Persaudaraan tidak disambut hanya kerana dendam 60 tahun ataupun kerana berasa diri sendiri sahaja yang betul.

Ini bukan sahaja hukumnya bida'ah malah penolakan terhadap Salam Persaudaraan yang dihulurkan amatlah bertentangan dengan ajaran Islam yang dibawa oleh baginda Rasulullah SAW.

Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Musa radhiallahu 'anhu, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, maksudnya:
"Orang mukmin dengan orang mukmin itu adalah seperti sebuah bangunan, menguatkan antara sebahagiannya dengan sebahagian yang lain, kemudian baginda menyelang kuat di antara jari-jari baginda". (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Salam 1Malaysia buat semua.

Politik 2010. Siapa kecundang?

Tinggal beberapa hari lagi, tahun 2009 akan menutup tirainya dan kita akan melangkah ke tahun baru 2010.Sepanjang tahun ini, pelbagai peristiwa suka dan duka mewarnai kehidupan di negara ini.

Awang bersyukur kerana 2009 menyaksikan banyak peningkatan dalam semua bidang terutama di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Mohd. Najib Tun Razak.
Sokongan terhadap kerajaan yang sebelum ini sesuatu yang dianggap kritikal telah berubah menjadi jauh lebih baik.

Pada masa yang sama, pembangkang berdepan dengan banyak masalah dalaman dan kajian mendapati sokongan terhadap pembangkang termasuk daripada kalangan orang muda, merosot.
Isu-isu politik akan terus menjadi tumpuan pada tahun depan. Barisan Nasional (BN) kini menghadapi isu-isu tertunggak yang perlu diatasi termasuk kemelut MCA dan PPP. Formula terbaik, Presidennya, Ong Tee Keat wajar berundur dan perlu ada barisan kepimpinan baru.
Awang juga berharap kelesuan dalam Gerakan ekoran kekalahan teruk parti itu pada pilihan raya umum lalu dapat dipulihkan. Tanda-tanda kebangkitan parti itu belum nampak. Timbul persoalan, apa yang Presidennya, Koh Tsu Koon lakukan? Jika beliau tidak agresif, lebih baik berundur dan beri peluang kepada pemimpin pelapis. Yang paling dinantikan ialah peralihan kepimpinan MIC daripada S. Samy Vellu kepada penggantinya. Samy sudah menerajui MIC terlalu lama dan tiada sebab BN perlu berkompromi untuk mengekalkan kedudukannya. Awang percaya tanpa Samy, potensi MIC untuk menarik sokongan masyarakat India jauh lebih besar. Parti itu sendiri harus merasa malu besar jika gagal memastikan peralihan seolah-olah pergantungan mereka kepada Samy terlalu luar biasa.

UMNO seimbas lalu kelihatan kukuh tetapi itu bukan jaminan parti tersebut boleh selesa. Ini kerana keberkesanan kebanyakan bahagian UMNO untuk mendampingi rakyat terutama golongan muda masih di takuk lama.

Desas-desus rombakan kecil bagi jawatan menteri dan timbalan menteri melibatkan beberapa pemimpin UMNO terus berlegar dan mungkin menjadi kenyataan pada tahun baru.
Antara nama yang disebut-sebut akan dilantik ialah Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin. Kedudukan beliau di luar jawatan kerajaan seperti sekarang memberi kelebihan untuk melonjakkan misi parti. Tetapi jika dilantik, Awang percaya ia langkah yang tepat. Sama ada suka atau tidak, Khairy sememangnya berkebolehan dan boleh menjadi sandaran. Bagi pembangkang, 2009 pasti menjadi tahun yang amat mencabar.
Kes liwat Anwar Ibrahim terhadap pembantunya, Saiful Azlan Bukhari pasti menjadi tumpuan seluruh negara. Berdasarkan petunjuk terbaru, Anwar tidak lagi menerima sokongan padu daripada pembangkang. Sebahagian pemimpin Pas misalnya tidak lagi teruja mempertahankan beliau kerana tidak mahu parti itu terbabit dalam isu moralnya. Taktik beliau asyik menangguhkan kes itu juga mencetuskan persoalan besar semua pihak termasuk pembangkang - mengapa takut?

Perpecahan dalam Pas diramalkan oleh banyak pihak akan 'meletup' tahun depan. Kedudukan Mursyidul Am, Nik Aziz Nik Mat makin goyah. Isu menantunya, tajaan haji dan pendirian pro kumpulan Erdogan dan DAP, mengheret beliau kepada kemerosotan sokongan yang belum pernah berlaku selama ini. PKR pula bertungkus lumus untuk membendung kejatuhan sokongan rakyat ekoran pelbagai isu terutama kelemahan dan kepincangan kerajaan negeri Selangor pimpinan Khalid Ibrahim. Keraguan terhadap Naib Presiden, Azmin Ali juga terus memuncak dan yang nyata, pergeseran dalaman PKR kian melemahkan parti tersebut. Dalam pada itu, DAP kelihatan terdesak untuk mengekalkan momentum sokongan kaum Cina dengan memainkan banyak isu perkauman dan hal-hal yang menyentuh Perlembagaan.
Pada Awang, DAP meneruskan rekodnya sebagai parti paling rasis bukan sahaja di Malaysia, malah di dunia.

Tetapi isu lebih kritikal yang melingkari pembangkang ialah kegagalan untuk membina pakatan sebenar kerana bimbang ada parti yang lebih dominan.
Memandangkan begitu banyak kepincangan pembangkang maka strategi mereka ialah memanipulasi isu-isu tertentu termasuk yang terbaru berkaitan kehilangan enjin pesawat TUDM. Awang lega kerana kerajaan komited kepada siasatan penuh untuk menghukum sesiapa yang bersalah.

Apa pun banyak persoalan berlegar terhadap isu politik tahun depan. Apakah pembangkang terutama PKR akan merudum teruk atas segala kepincangan atau sebaliknya BN tidak melonjak hanya kerana kesilapan dan kelalaiannya? Yang lebih menjadi perhatian, siapakah politikus yang akan kecundang? Apa pula doa dan harapan Awang bagi tahun 2010? Semoga negara diselamatkan daripada politikus musang berbulu ayam - yang berniat jahat, menjadi alat pihak asing dan yang mahu merungkai Perlembagaan negara.
Tulisan Awang Selamat-Utusan Online.

Saturday, December 19, 2009

PAS, DAP, PKR: Janji Munafik?


آيـة المنافق ثلاثٌ: إذا حدث كذب وإذا وعد أخلف وإذا ائتمن خان
Tanda orang munafik ada tiga:
Jika bercakap ia dusta, jika berjanji ia mungkir, dan jika diberi amanah ia khianat (HR Bukhari)
Hari ini mereka berjanji lagi dengan janji-janji yang mempunyai makna yang amat mendalam dan sudh pastinya mereka tidak akan sempurnakan, kerana janji mereka pada PRU12 masih banyak yang belum dilaksanakan. Lihatlah di Selangor, Pulau Pinang dahulu di Perak, janji kepada siapakah yang mereka tunaikan? Tunaikan janji atau membayar semula hutang mereka? Mengapa pusat hiburan bertambah-tambah? Kepada siapakah tanah orang Melayu diserahkan? Siapakah yang membangunkan orang Melayu dalam semua aspek kehidupan, sehingga menjadi pintar untuk berfikir soal demokrasi?
Jika sebelum mereka berkuasa pun mereka memperlekehkan Islam dan mahu ditadbir dengan cara liberal mereka, bagaimana pula jika mereka sendiri yang berkuasa sepenuhnya? Kepada mereka yang faham akan maksud hadis tersebut, belum terlewat untuk anda kembali ke pangkal jalan semula.
Apa yang pasti janji-janji munafik pembangkang ini tidak mampu untuk menarik minat rakyat Malaysia yang tidak rela ditipu berkali-kali.

Friday, December 18, 2009

Maal Hijrah 1431


Wednesday, December 16, 2009

RASIS: DAP ADALAH PUNCANYA



KLIK GAMBAR DI ATAS, ANDA AKAN TAHU SIAPA SEBENARNYA YANG RASIS, DAP ATAU BTN ATAU ORANG MELAYU KESELURUHANNYA?

WakilRakyat BN: Lalai, lupa atau hidung tersumbat?

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menegur Ahli Parlimen Barisan Nasional dan pembangkang ekoran drama undian yang nyaris mengakibatkan Bajet 2010 sangkut.

Katanya Ahli Parlimen BN perlu mengambil berat kehadiran mereka dalam sidang Parlimen manakala Ahli Parlimen pembangkang tidak harus bersikap suka mengambil kesempatan. Beliau mengingatkan sekiranya bajet itu tidak diluluskan akan memberi implikasi buruk bukan sahaja kepada kerajaan malahan negara secara keseluruhannya.
Pandikar Amin Mulia menyatakan demikian ketika ditemui wartawan di pejabatnya Selasa untuk mengulas drama yang mencemaskan itu dimana Bajet 2010 diluluskan dengan undi tipis 66-63 sahaja. Katanya jika bajet itu tidak diluluskan bermakna kerajaan tidak akan mendapat perbelanjaan yang dibentangkan baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang jaga urusan parlimen mengingatkan para Ahli Parlimen BN supaya tidak mengharapkan mereka bernasib baik selalu. Ini mengenangkan insiden undi tipis antara Ahli Parlimen BN dan pembangkang berlaku dalam sidang parlimen baru-baru ini .

Katanya mereka harus bersikap sentiasa bersiap sedia. “Mungkin selepas ini beri saya pistol, akan saya letakkan di kepala Ahli-ahli Parlimen (BN) dan tembak jika tidak hadir,” katanya secara sinis. Nazri mengakui beliau menyedari sesuatu yang tidak kena apabila melihat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama-sama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang masih berada di Parlimen sehingga pukul 8 malam Isnin.

“Kebiasaannya pada waktu ini mereka sudah tiada tetapi yang anehnya ramai anggota pembangkang masih berada di Parlimen pada waktu itu,”katanya

KOMEN WR: Kita tidak mahu menyalahkan mana-mana wakilrakyat, tetapi bagi BN ungkapan "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" perlu difahami dan diaplikasikan sepenuhnya, bukan sekadar ungkapan retorik sahaja. Situasi yang mencemaskan itu boleh memberi kesan bukan sekadar kepada politik BN tetapi memberi kesan kepada rakyat. Bayangkan bagaimana jika bajet tidak dapat diluluskan, di saat pembangkang yang sentiasa mencari jalan untuk menjahanam segala perancangan untuk rakyat.


Pengajaran yang amat berguna perlu dipelajari selepas isu kerusi DUN Seputih dan tragedi di Parlimen semalam kepada BN. Jangan "hidung sentiasa tersumbat".

Monday, December 14, 2009

Terperangkap dalam isu BTN.

Sebulan kebelakangan ini, timbul isu mengenai agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri iaitu Biro Tatanegara rasis dan alat doktrinisasi BN. Sehingga kerajaan Negeri Selangor, Pulau Pinang dan yang terbaharu ialah Kelantan mengharamkan penjawat awam dan pelajar IPT di bawah kerajaan negeri tersebut untuk menyertai semua aktiviti atau kursus yang dianjurkan oleh BTN.
Menjadi kebiasaan di Malaysia, pemanas isu (atau bahasa utara: sebut kaki peqa'ngat) adalah orang politik terutamanya pemimpin parti pembangkang dan akan disambut oleh pemimpin parti kerajaan. Rakyat yang prihatin akan sesuatu isu, juga tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam perdebatan tersebut. Rakyat yang menyokong kerajaan akan mengatakan program BTN bagus dan memberi manfaat kepada pembangunan masyarakat, tetapi rakyat yang menyokong pembangkang pula akan menyatakan BTN adalah rasis dan alat doktrinisasi Barisan Nasional. Yang menjadi mangsa kekeliruan mana satu yang betul adalah rakyat yang "atas pagar" iaitu mereka yang tidak menyokong mana-mana parti politik.
Tetapi jarang ada rakyat yang cuba melihat sesuatu isu dibangkitkan itu "menuntut sesuatu atau mahukan sesuatu" . Mesti ada sebab mengapa isu BTN ini ditimbulkan dan memang menjadi ucapan ulangan oleh pemimpin DAP iaitu Lim Kit Siang.
Sebab utama, kerana DAP melihat BTN adalah ancaman kepada mereka, kerana walaupun tidak pernah mengikuti kursus BTN, tetapi talibarut mereka (kebanyakkannya orang Melayu juga) yang menceritakan apa yang dilakukan oleh BTN. Mereka menyedari bahawa BTN sedang memberi gambaran sebenar mengenai sejarah Tanah Melayu dan memberi kesedaran tentang Perlembagaan Persekutuan secara terperinci kepada rakyat yang sebelum ini tidak pernah tahu atau ambil tahu, sehingga rakyat tidak pernah tahu apa sebenarnya hak mereka yang telah termaktub. DAP sudah menjadi agendanya untuk memadam fakta sejarah, seperti yang telah dilakukan oleh PAP di Singapura dengan menyatakan bahawa Singapura diasaskan atau dibuka oleh British, bukan orang Melayu.
Namun lebih menariknya dalam isu ini, kerana terlalu ghairah mahu mempertahankan BTN ramai yang terperangkap, terutamanya Blogger-Blogger yang menyokong kerajaan. Pendedahan demi pendedahan dilakukan yang bertujuan menghentam pemimpin pembangkang. Pendedahan terbaharu ialah video ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Khalid semasa menyertai kursus BTN. Satu sudut bagus lah, sebab itu menjadi ibarat "meludah ke langit", tetapi pendedahan ini lebih kepada "meludah ke muka kawan sendiri".
Selepas ini, ramailah rakyat Malaysia "atas pagar" akan menyatakan "oo betul lah BTN ini rasis dan doktrinisasi kerana video itu telah mengesahkan". DSAI atau Khalid boleh menyatakan mereka bercakap sedemikian kerana itu yang diminta oleh BTN.
Lebih menarik TV3 juga masuk perangkap dengan menyiarkan video itu dalam Buletin Utama, 14hb Disember 2009.
Lim Kit Siang dan DAP sedang merayakan kejayaan 1-0 mereka kerana satu lagi institusi kerajaan berjaya dijatuhkan, sebab selepas ini BTN akan dirombak dengan usaha kerajaan dan penyokong mereka.
Entah bila, kita akan sedar akan tujuan sebenar DAP ini, kerana kita jangan lupa apa yang abang mereka iaitu PAP lakukan di Singapura. Lepas ni apa pulak perangkap yang akan dipasang oleh mereka?

Penyamun upah perompak...



The Star Online report on Thursday June 21, 2007.

Former flying school operator charged with cheating

By Sarban Singh

SEREMBAN: A former flying school operator was charged Thursday with cheating three individuals into believing that the Department of Civil Aviation had issued a license to his company to train would be pilots.

In the first charge, Suresh Shannon Cyril Xavier, 31, allegedly cheated Kelvin Mohan Thambiduray 20, into believing that the Youth and Sports Ministry would sponsor RM100,000 for each student who wished to pursue PPL, CPL and ATPL courses at his school known as Youth and Sports Experimental Aircraft Association (YSEAA).

He allegedly committed the offence between July 6, 2005 and Jan 12, 2006 at No 135 Jalan UTL 4, Bandar Universiti Teknologi Lagenda in Mantin.

In the second charge, he allegedly deceived J.Kalaiselvam 24, at the same place between June 24, 2005 and Nov 21, 2005 into believing the same.

In the third charge, Shannon allegedly misled Kong Kok Ling 21, into believing the same at Lot 4937, Seremban Parade along Jalan Yam Tuan.

The offence was allegedly committed between March 2005 and Nov 23, 2005.
Shannon had apparently received RM15,445 from Kelvin, RM13,300 (Kalaiselvam) and RM23,300 (Kong) in accommodation and study fees.

Shannon, who was arrested in Labuan on Monday, pleaded not guilty to all three charges.
The case was heard before Sessions Court judge Alaudeen Ismail.

Deputy Public Prosecutor Anas Ahmad Zakie urged the court to impose a bail of RM25,000 for each of the charges and ask the accused to surrendered his travel documents.

“We have received not three but 20 reports on this case. This is a serious case,” he said.
However, defence counsel Jason R Gomez appealed to the court to impose a lesser bail.
Alaudden then fixed RM30,000 bail and ordered Shannon to surrender his travel documents to the court.

He fixed Aug 21 to decide if the three cases would be heard together.
If found guilty, Shannon can be jailed between one and 10 years, whipped and fined.

After posting bail, Shannon was rearrested outside the court for using a false identity card to transfer the ownership of a motorcycle bearing registration plate WDB 8111 in Wangsa Maju, Kuala Lumpur. The alleged offence was committed on July 12, 2005. He will be charged in Kuala Lumpur later.

Thursday, December 10, 2009

DAP hina atau mahu hapuskan Islam?

Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming yang sebelum ini kelihatan macam begitu kasih dan sayang kepada Islam apabila sanggup belajar tentang Al-Quran dari PAS dan minta Nik Aziz menegurnya jika bacaan ayat al-Quran yang dibacanya salah. Pengalaman blogger bersama pemuda-pemuda PAS menyatakan adalah tidak salah dan berharap terbuka hatinya untuk memeluk agama Islam. Tetapi nampaknya Nga hanya menipu dan menggunakan Islam untuk kepentingan politiknya sahaja, kenyataan tu telah menimbulkan kebencian yang amat sangat pemuda PAS kepada Bloger.
Semalam Nga mengeluarkan kenyataan mempersoalkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM748.26 juta bagi membina 611 masjid bagi tempoh 2000 hingga 2008 sedangkan pada masa yang sama kerajaan gagal membina rumah ibadat bagi agama lain.
Mungkin sekali lagi pemuda PAS akan menyokong kenyataan Nga ini, kerana Nik Aziz pun akan menyokong Nga, Blogger faham bagi mereka apa sahaja sanggup digadaikan demi kuasa politik.

Untuk mereka sila rujuk Perkara 12 (2) Perlembagaan Persekutuan, yang menyebut:

".....: tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggara institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalm mengerjakan ajaran dalam ugama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang diperlukan bagi maksud itu."

Mengapa ada peruntukkan sebegitu dalam Perlembagaan Persekutuan? Ini kerana Perkara 3(1) menyebut:

"Ugama Islam adalah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan"

Apa yang menarik ialah perkataan aman dan damai mungkin ramai yang kurang faham mengapa ianya dimasukkan. Tafsiran aman di sini bermakna daripada segi amalan, agama selain ISLAM tidak boleh diamalkan sekiranya ia mengganggu dan menggugat keadaan “aman dan damai” masyarakat negara ini.


“ADALAH SAH DARI SEGI UNDANG-UNDANG UNTUK MALAYSIA MENYATAKAN ATAU MENGANGGAP DIRINYA SEBAGAI SEBUAH NEGARA ISLAM, WALAUPUN TIDAK SEMUA UNDANG-UNDANGNYA BERASASKAN HUKUM- HUKUM ISLAM.” – laporan Suruhanjaya Perlembagaan (1957) Perenggan 57.,

Jadi, takkan puak-puak PAS yang amat kasih dan sayang kepada DAP ini, silalah buka hati dan minda anda serta fikir luar kotak politik atau pengaruh politik, apakah agenda DAP ini kepada Islam?

“Menggunakan politik untuk
memartabatkan ISLAM hukumnya DIHARUSKAN………
“Menggunakan ISLAM untuk
meraih kuasa politik hukumnya
HARAM……”

Dr. Yusuf Qardhawi

Mat Bangla,Nepal, Indon, Afrika disara RM30 sehari oleh Kerajaan.

Kerajaan terpaksa membelanjakan sejumlah RM30.2 juta untuk menghantar pulang pendatang asing tanpa izin (Pati) ke negara asal mereka bagi tempoh 2007 hingga 2009, Dewan Rakyat diberitahu Khamis.Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata jumlah itu digunakan untuk menampung kos pengusiran seramai 154,729 orang Pati.
Selain itu, beliau berkata kerajaan juga terpaksa membelanjakan kos sebanyak RM30 sehari bagi seorang Pati yang ditahan di Depot Imigresen."Kos-kos yang terpaksa ditanggung kerajaan adalah meliputi kos harian dan kos rawatan sahaja. Kos ini tidak termasuk kos perubatan."Manakala, kos bagi urusan pengusiran Pati ke negara asing iaitu udara, laut dan darat pula adalah di bawah tanggungjawab kerajaan," katanya ketika menjawab soalan Mohsin Fadzli Samsuri (PKR-Bagan Serai) di Parlimen di sini mengenai kos pengendalian Pati yang ditahan dan siapa yang menanggung kos pengembalian ke negara asal mereka.
Mohsin Fadzli juga mahu tahu bilangan Pati yang telah ditahan untuk tahun 2006-2008 mengikut pusat-pusat tahanan dan tempoh seseorang itu ditahan.Abu Seman berkata jumlah keseluruhan bilangan Pati yang ditahan di Depot Imigresen seluruh negara bagi tempoh tersebut ialah seramai 248,939 orang.
Beliau berkata sebelum seseorang Pati itu dihukum dan kemudian diusir ke negara asal, mereka akan ditahan di Depot Tahanan Sementara.Katanya, Pati yang ditahan adalah tertakluk kepada urusan pemeriksaan, identifikasi, siasatan dan dakwaan oleh pegawai-pegawai imigresen."Setelah Pati tersebut disiasat dan dikenakan hukuman (dipenjarakan atau dikompaun atau kedua-duanya sekali), Pati berkaitan kemudiannya akan diusir ke negara asal mereka," katanya.Selain itu, beliau berkata tempoh penahanan seseorang Pati ditahan turut bergantung kepada beberapa faktor lain seperti dokumen perjalanan Pati, tiket kapal terbang dan pengesahan oleh pihak kedutaan.
Dipetik dari BERNAMA
Komen WR: Rasanya budak sekolah asrama pun dibiayai sebanyak RM28 sehari, begitu juga dengan bayaran makanan untuk kanak-kanak tadika kemas RM10 sahaja sehari. Kenapa MP pembangkang sekadar mahu tahu sahaja, mengapa mereka tidak mengambil sesuatu tindakan untuk mengatasi masalah ini? Tidakkan ini juga dinamakan sebagai pembaziran wang rakyat? Adalah dimohon supaya wakilrakyat PAS, DAP dan PKR sama-sama turun membenteras kedatangan PATI terutamanya yang bekerja sebagai GRO di pusat-pusat hiburan yang dilesenkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan.

Thursday, December 3, 2009

Cerita BTN

sila klik link di bawah dan baca apa padangan bekas peserta kursus BTN

KURSUS BTN
email dari seorang rakan kepada blogger:
"Kepada mereka yg cuma mengaitkan BTN dgn lagu Anak Kecil Main Api. Maka mereka ini salah, kerana lagu ini bukan berkumandang dalam BTN sahaja, tetapi ia berkumandang di MARA, MRSM, sekolah agama, persatuan Silat, PEKIDA, Perkima, 3 line, persatuan-persatuan melayu & lain2 utk menyedarkan org melayu. Bukan utk meminta org Melayu merusuh & memusuhi bangsa lain"

Wednesday, December 2, 2009

Hantu Raya & Satu Kosong

Kita selalu diajar, bahawa tangan yang di atas itu lebih mulia dari tangan yang di bawah, atau maknanya orang yang memberi itu lebih baik dari yang meminta-minta. Persoalan yang paling menarik untuk kita fikirkan apakah orang yang meminta itu tahu berterima kasih dan bersyukur dengan apa yang dia dapat?
Dalam PRU pertama, kebanyakkan kawasan Parlimen di Tanah Melayu pengundinya majoriti adalah Melayu dan hampir ada kawasan pengundi Melayu 100%. Tetapi UMNO ketika itu telah bersama MCA dan MIC dalam Perikatan, iaitu satu pakatan murni antara parti politik Melayu dan bukan Melayu demi mencapai kemerdekaan. Atas pakatan murni itu, kawasan majoriti Melayu telah diberi kepada MCA dan MIC untuk diletakkan calon. MCA mendapat 15 kerusi dan MIC 1 kerusi. Akhirnya orang Melayu yang patuh dan taat kepada pemimpin mereka, boleh menerima orang bukan Melayu sebagai wakil rakyat mereka. Di masa itu lahir lah kekaguman pemimpin bukan Melayu kepada sikap menerima dan baik hati orang Melayu dan mungkin juga bersyukur.
Sehingga akhirnya banyak kerusi UMNO telah diberikan kepada bukan Melayu untuk ditandingi dalam pilihanraya. Itulah baiknya orang Melayu dengan sikap memberi, sehingga tanah pun diberi untuk pembangunan perumahan yang akhirnya telah mengurangkan kuasa majoriti pengundi yang sebelum ini dikuasai oleh orang Melayu dan menjadi marginal iaitu 55 peratus sahaja.
Dalam sejarah negara, sikap beri memberi oleh pemimpin Melayu kepada bukan Melayu sangat lah pemurah, atas alasan perkongsian kuasa dan pakatan murni (kontrak sosial). Tetapi sebenarnya lebih kepada pengekalan kuasa. Tetapi adakah sikap ini sesuatu yan baik dan murni? Apakah hasilnya kini kuasa Melayu dalam politik semakin baik? Yang lebih kelihatan sekarang ini, orang Melayu khususnya UMNO semakin terdesak dan harus terus memberi lagi, tak ubah seperti kegemaran orang Melayu dahulu memelihara hantu, semakin diberi semakin menjadi-jadi dan semakin parah akibatnya.
Bila UMNO lemah selepas PRU 10, dengan menguasai 72 kerusi Parlimen daripada 148 jumlah kerusi dimenangi oleh BN dan 193 dari keseluruhan kerusi Perlimen. Hasilnya timbul lah gerakan yang bernama SUQUI yang mendesak pelbagai kemudahan diberikan kepeda kaum Cina. Akhinya UMNO memberi lagi ( UTAR dan U.Wasasan dan AIMS) walaupun tidak sepenuhnya permintaan SUQUI ini, tetapi mereka bukanlah bertujuan semua tuntutan mereka dipenuhi. Apa yang penting UMNO terpaksa tunduk kepada mereka jika mahu terus berkuasa dalam kerajaan.
Tetepi selepas persempadanan semula kawasan Perlimen dengan menyaksikan kawasan majoriti Melayu Islam / Bumiputera menjadi 148 dari 219 kerusi, strategi mereka mula berubah dengan memberi kuasa kepada DAP untuk memerintah. Maka bermulalah episod membina persepsi kepada rakyat oleh DAP dan ditaja oleh PKR serta dipergunakan PAS.
Mereka mula membina persepsi bahawa pemerintah merekalah yang terbaik dan mulia serta bersih. UMNO dipersepsikan kepada rakyat sebagai gerakkan massan yang kotor, rasuah, pecah amanah dan menindas rakyat terutamanya orang bukan Melayu. Akhirnya dalam PRU 12, persepsi itu telah berjaya ditanam ke dalam fikiran rakyat dan mempercayai bahawa UMNO bersalah dan harus dihukum. Kali pertama dalam sejarah Barisan Nasional tidak mendapat 2/3 di Parlimen walaupun pernah berlaku semasa Parti Perikatan dalam tahun 1969.
Sorotan menarik yang terkini berkaitan dengan pemansuhan Biro Tatanegara yang diberi persepsi adalah alat doktrinisasi Barisan Nasional kepada rakyat. Namun begitu ramai orang Melayu telah melalui kursus BTN ini dan mereka tidak memberi reaksi untuk BTN ini dimansuhkan walaupun kerajaan Negeri Selangor mengharamkan BTN. Orang Melayu tahu kepentingan dan perjuangan BTN ini kerana BTN adalah agensi yang sudah sebati dengan orang Melayu untuk menanamkan semangat cintakan negara.
Tetapi yang menjadi kebiasaannya, pemimpin UMNO akan terus memberi. Lihatlah apa komen Nazri Aziz Menteri Jabatan Perdana Menteri yang berkata kurikulum BTN akan dirombak dan akan jadi seperti Jabatan Perpaduan. Dengan komen begitu agenda persepsi DAP,PKR dan PAS telah pun berjaya dalam pusingan pertama ( 1-0 ). Tidakkah Nazri Aziz tahu kurikulum BTN sekarang ini pun sudah menekankan soal konsep 1Malaysia?
Hari ini, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor bahawa Chin Peng berhak kembali ke Malaysia sekurang-kurang secara lawatan sosial di bawah Perjanjian Damai Haadyai. Kenapa isu Perjanjian Damai Haadyai itu tidak pernah timbul sebelum ini dan sehingga mahkamah pun tidak pernah menggunakan perjanjian itu semasa menolak permohonan Chin Peng dahulu. Dan hari ini Tun Dr Mahathir memberi komen dibuat pungutan saura rakyat untuk mengetahui apakah Chin Peng boleh masuk ke Malaysia? Dengan kenyataan-kenyataan tersebut jelas sudah ada nada berlembut dari pihak kerajaan, dan ini bermakna (1-0)?
Tidak mustahil pemimpin Melayu akan memberi lagi dalam isu BTN dan Chin Peng ini, dengan alasan kekuasaan UMNO dalam kerajaan. Mungkin benar orang Melayu suka membela hantu ( Hantu Raya ) dan tak kisah kalau kena 1-0.

Monday, November 30, 2009

DAP = PKM?

Pada zaman darurat dahulu, PKM yang bermegah dengan perjuangan mereka untuk menubuhkan sebuah pemerintahan Komunis di Tanah Melayu akan membunuh sesiapa sahaja yang menjadi penghalang kepada cita-cita mereka tidak kira apa jua bangsa atau kaum keturunan. Akibatnya ramai rakyat yang menderita ketakutan atau menderita kerana ahli keluarga mereka disiksa dan dibunuh tanpa kubur. Tindakan PKM ini menyebabkan mereka digelar penganas komunis.
Sehingga hari ini, boleh dikatakan sebilangan besar rakyat walaupun tidak pernah merasai azab dan kengerian keganasan Parti Komunis Malaya ini, tetap merasa benci kepada komunis. Walaupun PKM telah meletak senjata dan tidak melancarkan perang gerila di dalam hutan, tetapi fahaman dan gerakan mereka secara politik tetap berjalan, buktinya ada golongan tertentu yang beriya-iya dan berusaha bersungguh-sungguh untuk membawa kembali Chin Peng ke Malaysia. Apakah tujuan dan matlamat mereka dan yang paling penting siapakah mereka ini?
Lihatlah gambar di atas, DAP yang menyatakan bahawa menganggap orang lain bersifat perkauman dan melebelkan Biro Tatanegera (BTN) menyuburkan semangat anti cina dan india, tetapi merekalah yang paling perkauman dan paling hina tindakan mereka dan sama seperti yang pernah dilakukan oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Apakah DAP adalah penerus kepada matlamat PKM seterusnya di Malaysia? Jika belum menguasai Malaysia sudah memijak gambar orang yang tidak menyokong mereka, sudah tentu mereka akan memijak tubuh manusia bila mereka berkuasa. Fikirkan...

Saturday, November 28, 2009

Takut pada BTN lebih dari takut Tuhan.

Memang menarik bila mendengar berita mengenai Kerajaan Negeri Selangor mengharamkan BTN dan mengarahkan semua kakitangan kerajaan dan IPT serta agensi di bawah kerajaan negeri itu tidak dibenarkan menyertai apa jua aktiviti atau kursus anjuran BTN.
Jika dilihat melalui kaca mata PKR, DAP dan PAS, tindakan itu boleh dikatakan sangat tidak demokratik walaupun prinsip-prinsip tulen demokrasi dikatakan menjadi anutan mereka. Jika bercakap soal demokrasi ia akan berkait rapat dengan soal hak asasi manusia. Menjadi hak asasi kepada setiap manusia untuk memilih bentuk pemikiran dan buah fikiran mereka sendiri tanpa diarah-arah oleh orang lain. Jadi kenapa kerajaan negeri Selangor harus takut pada BTN sedangkan Barisan Nasional tidak pernah takut pada Harakah, Roket atau Suara Keadilan? Biarlah rakyat membuat penilian mereka sendiri kerana rakyat telah menjadi bijak dan pandai kerana dasar pendidikan oleh Kerajaan Barisan Nasional.
Jika Exco Selangor, Halimah Ali menyatakan bahawa mana-mana kakitangan awam kerajaan negeri Selangor yang menegikuti atau terlibat dengan BTN akan dikenakan tindakan kerana mereka berkuasa kepada kakitangan awam negeri. Agak lucu kenyataan exco Selangor itu, kerana beliau tentu tahu ramai pengikut PAS, PKR dan DAP adalah dari kakitangan awam persekutuan yang menjadi guru, pensyarah, pegawai kanan, pegawai biasa, kerani, tukang kebun dan ramai lagi lah, semua mereka ini amat bersimpati dengan perjuangan pembangkang ini.
Tidakkah seorang pensyarah Institusi Perguruan Kampus Tuanku Bainun yang terang-terang berjawatan dalam PAS, menyatakan bahawa kerajaan UMNO itu dengan sengaja menganiaya kerajaan PAS Kelantan kepada guru pelatih ketika mengajar dalam kelas adalah indoktrinisasi membenci kerajaan Malaysia? Bagaimana pula dengan seorang pensyarah UUM dan USM yang sengaja mengagalkan pelajarnya semata-mata kerana pelajarnya itu menyatakan bahawa Kerajaan Barisan Nasional banyak membantunya dalam pelajaran sehingga masuk ke universiti? Macamana pula dengan bekas pegawai SPR Pulau Pinang yang dengan senjaga memindahkan ramai pengundi PAS dari Kedah dan Perak ke Permatang Pasir sehingga dalam satu alamat ada pengundi sampai 25 orang dengan bin atau binti yang berbeza dan juga bernama Cina?
Jadi siapa yang lebih demokrasi sekarang, PAS, PKR, DAP atau Barisan Nasional? Mengapa harus takut kepada sebuah agensi kecil kerajaan bernama BTN? Apa yang pasti, macam cili burong walaupun kecil tetapi pedasnya hampir boleh melebamkan lidah dan mendesingkan telinga dengan pedas dan panasnya, berbanding dengan cili lain yang lebih besar dan hampir boleh dibuat ulam pun. Jadi teringat kita kepada perpatah Melayu yang menyatakan "siapa makan cili , dia lah yang terasa pedasnya"......WR.

Monday, November 23, 2009

Kes DUN Kota Siputih Kedah.

Artikel ini diambil dari blog Penasihat Undang-Undang UMNO - Datuk Mohd Hafarizam Bin Harun
Semalam Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur (Bahagian Rayuan & Kuasa-kuasa Khas) telah memutuskan bahawa kerusi DUN N.3 Kota Siputih kosong (vacant) dan mengarahkan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) mengeluarkan Writ Pilihanraya bagi diadakan pilihanraya kecil dalam masa enam puluh hari daripada tarikh semalam. Hari ini semua akhbar-akhbar telah menceritakan apa yang berlaku semalam dan asas-asas keputusan Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi, Dato Alizatul Khair Mohd Osman. Untuk itu, izinkan saya berikan sedikit latarbelakang kes ini untuk manfaat pembaca-pembaca blog saya. Oleh kerana perkara ini masih di dalam pertimbangan Mahkamah (iaitu permohonan untuk penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi Jumaat ini bersamaan 20/11/2009) saya tidak akan komen mengenai kesahihan keputusan tersebut dsb atas alasan ianya sub judice.

Ini adalah permohonan YB Dato' Dr Abdul Isa Ismail, Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah bagi semakan kehakiman (judicial review) terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) bertarikh 1/9/2009 yang membuat keputusan (established) bahawa kerusi DUN N. 3 Kota Siputih tidak kosong (vacant) atas sebab-sebab berikut; (1) Ketidakhadiran YB Dato Abu Hassan Sarif di dalam sidang dewan DUN Kedah (iaitu 19/4/2009 & 9/8/2009) bukanlah dua mesyuarat berturut-turut (consecutive meetings); (2) Beliau mempunyai sebab/alasan yang sah iaitu cuti sakit untuk dua hari iaitu 9/8/2009 hingga 10/8/2009; dan (3) Apajua berkenaan hak & kebebasan ADUN hendaklah dirujuk terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Hak & Kebebasan sebelum apajua keputusan dibuat terhadap kerusi DUN Kota Siputih itu.

Di dalam penghujahan pihak-pihak, ada beberapa isu berbangkit yang ingin saya kongsi bersama di dalam blog ini. Antaranya, ialah Artikel 51 Perlembagaan Kedah yang berbunyi: "Jika mana-mana ahli bagi Dewan Negeri tiada hadir di dalam Dewan dengan tiada kebenaran Speaker di dalam dua kali mesyuarat berturut-turut maka tempatnya itu hendaklah menjadi kosong" akan beroperasi (terpakai) pabila ketiga-tiga pra-syarat iaitu (1) tidak hadir; (2) dua kali mesyuarat berturut-turut; dan (3) tanpa kebenaran Speaker telah dipenuhi. Kedua, ialah interpretasi Artikel 53(5) Perlembagaan Negeri Kedah yang berbunyi: "Sesuatu kekosongan luar jangka hendaklah diisi dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh dipastikan oleh Suruhanjaya Piliham Raya bahawa ada kekosongan" dan dibaca bersama dengan kes Jamaluddin Mohd Radzi & 2 yang lain lwn Sivakumar a/l Varatharaju [2009] 4 CLJ 593 yang menyatakan, dengan izin, "Moreover, under s 12(3) of the Elections Act 1958, the Election Commission would have to establish that a vacancy exists before issuing a writ of by-election...The Speaker cannot therefore interfere with constitutional duty of the Election Commission to establish whether there is casual vacancy" hanyalah untuk situasi perletakan jawatan (resignation) dan bukannya situasi ketidakhadiran mesyuarat sidang Dewan. Ketiga, intrepretasi 'mesyuarat'; 'persidangan' seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Kedah, secara ringkasnya, 'mesyuarat' maknanya mana-mana mesyuarat atau mesyuarat-mesyuarat bagi Dewan Negeri mulai ketika mula-mula diadakan mesyuarat Dewan lepas telah dipanggil pada mana-mana masa dan tamat manakala ditangguhkan Dewan itu dengan tiada tentu masa atau ketika tamat persidangan dengan tiada ditangguhkan; 'persidangan' maknanya mesyuarat Dewan Negeri mulai ketika mula-mula diadakan mesyuarat Dewan selepas ditubuhkan atau selepas direntikannya atau dimansuhkannya pada mana-mana masa dan tamat ketika direntikan Dewan atau dimansuhkan dengan tiada direntikan. Berdasarkan kepada intrepretasi diatas, adakah kedua-dua mesyuarat (iaitu Mesyuarat Kelima Penggal Pertama pada 19/4/2009 dan Mesyuarat Kedua Penggal Ledua pada 10/8/2009) dikira sebagai berturut-turut. Akhir sekali, bolehkah writ 'quo warranto' dikeluarkan terhadap seorang ADUN (dibandingkan dengan kes Nizar lwn Zambry, ianya melibatkan jawatan 'Menteri Besar').

Untuk makluman, YA Hakim Dato' Alizatul telah membuat keputusan bahawa Artikel 51 Perlembagaan Kedah hendaklah dibaca secara berasingan dan berlainan dengan Artikel 53(5) Perlembagaan Kedah iaitu, jika terbukti seseorang ADUN tidak hadir mesyuarat dua kali berturut-turut, kerusinya hendaklah menjadi kosong. Justeru itu, keputusan SPR pada 1/9/2009 (bahawasanya tiada kekosongan) adalah tidak munasabah (irrational) apabila menyatakan bahawa mesyuarat pada 19/4/2009 & 10/8/2009 adalah dua mesyuarat yang tidak berturut-turut kerana ianya di dalam penggal persidangan yang berbeza. Juga, YA Hakim berpuashati, oleh kerana tiada bukti-bukti di hadapannya, sidang Dewan Undangan Negeri Kedah tidak pernah direntikan (prorogued) selaras dengan Artikel 53(2) yang berbunyi: "Berkuasalah Raja Pemerintah boleh merentikan atau memansuhkan Dewan Negeri." Justeru itu, persidangan di Dewan Undangan Negeri Kedah adalah persidangan yang sama dan ianya dinamakan sebegitu (persidangan penggal pertama & persidangan penggal kedua) hanyalah untuk 'expediency' semata-mata. Walaubagaimanapun, YA Hakim bersetuju bahawa writ 'quo warranto' tidak boleh dikeluarkan terhadap Dato Abu Hassan Sarif kerana beliau tidak memegang jawatan awam (public office) tetapi hanya kerusi (seat).

Pihak SPR difahamkan akan memfailkan suatu penangguhan terhadap keputusan YA Hakim terutamanya, terhadap perintah mandamus bahawa writ pilihanraya hendaklah dikeluarkan oleh SPR mengikut Seksyen 12(3) Akta Pilihanraya, 1958 dalam tempoh tidak kurang daripada empat hari dan tidak lebih sepuluh hari daripada semalam. Pihak saya juga akan menyokong permohonan penangguhan tersebut. Ianya akan didengar pada Jumaat (20/11/2009) di Mahkamah Tinggi yang sama.
Sekian, terima kasih.

Sunday, November 22, 2009

Bertemu semula.

Assalamualaikum wrt dan salam sejahtera kepada semua.
Menjadi penulis blog ini memerlukan komitmen yang tinggi untuk memastikan pembaca terus setia menjadi pengikut. Tapi kalau sehari tiada pos baru, mungkin pembaca akan berkunjung semula hari kemudiannya, tapi kalau hari seterusnya pun tiada pos baru dengan isu yang menarik, kemungkinan besar pembaca akan melupakan kita. Begitu juga dengan WR, rasanya dah hampir 2 minggu tidak menulis apa-apa artikel, maka banyaklah email yang diterima bertanyakan apa yang sudah jadi kepada WR. Sebenarnya WR tetap hidup cuma masa tidak mencukupi untuk menulis lantaran kesibukkan urusan dunia dan akhirat.
Dalam sebulan ini pelbagai peristiwa yang berlaku tanpa mendapat apa-apa komen dan ulasan dari WR, antaranya isu penangkapan bekas Mufti Perlis yang mendapat perhatian masyarakat dan paling menarik semua pihak baik dari pro kerajaan atau pihak pembangkang. Walaupun JAIS adalah di bawah Kerajaan Negeri Selangor yang dikuasai oleh PKR,DAP dan PAS, pemimpin mereka tetap mengutuk tindakan JAIS ini. Jadi timbul persoalan siapa yang mengeluarkan arahan penangkapan ini? Pelbagai persoalan yang timbul dibenak masyarakat, ini termasuklah bila hari pembicaraan kes bekas mufti itu, beliau ditemani oleh bekas MB Perlis Datuk Seri Sahidan Kassim.
Nampaknya semua pihak mahu menunjukkan simpati dan bukan angkara mereka Dr. Asri ditangkap, lantaran semua pihak cuba memujuk Dr. Asri untuk menurut perjuangan mereka. Tapi sehingga hari ini Dr. Asri masih belum memutuskan untuk menyertai mana-mana parti. Bagus lah, jangan cemarkan maruah orang agama dengan kekotoran politik yang menghalalkan cara walaupun politik itu sangat mulia untuk menjaga maruah agama, bangsa dan negara.
Peristiwa besar juga yang menarik perhatian umum, khususnya masyarakat cina ialah kemelut kepimpinan MCA yang makin kusut dan kalut. Ini lah akibat bila politiking diutamakan, rakyat dikesampingkan. Krisis MCA ini lebih dilihat sebagai ego pemimpin, yang lupa diri dan tidak mahu bermuhasabah diri. Mungkin selepas persaraan Tun Abdullah, mereka telah melupakan prinsip Islam Hadhari.
Bagi WR, ada juga kemungkinan krisis MCA ini macam sabotaj atau konspirasi untuk merosakkan gagasan 1Malaysia yang menjadi vaksin penyembuh penyakit keyakinan rakyat kepada Barisan Nasional. 1Malaysia dilihat dapat memulihkan kepercayaan rakyat kepada BN terutamanya masyarakat Cina dan India, situasi ini akan mengukuhkan semula kekuasaan UMNO dalam BN dan akan terus menguasai kerajaan.
Pada sesetengah masyarakat Cina dan India mereka telah terpengaruh dengan momokan dan dokrtinisasi DAP dan PKR yang menyatakan bahawa MCA dan MIC adalah kuli kepada UMNO dan mereka harus tunduk patuh kepada UMNO sehingga sanggup mengenepikan kepentingan dan kebajikan kaum Cina dan India. Faktor doktrin ini jugalah yang menyebabkan DAP dapat menguasai Pulau Pinang dan berberapa kerusi parlimen dan DUN strategik di negeri-negeri pantai barat.
Doktrin ini kini menjadi suatu yang sudah boleh diterima apabila orang Melayu sendiri dilihat menyokong kepimpinan orang Cina malahan sanggup menjadi rakan dan penyokong kepada apa jua tindakan DAP yang sebelum ini dibimbangi oleh masyarakat Cina bahawa orang Melayu akan berperang jika orang Cina DAP menjadi ketua. Apabila DAP sudah boleh diterima oleh orang Melayu maka, mengapa mereka perlukan UMNO lagi dalam sistem pemerintahan negara, kerana UMNO ini dilihat sebagai parti yang bersifat perkauman dan melebihkan orang Melayu dalam segala dasar pemerintahan.
Jadi untuk merosakkan kekuatan UMNO, BN harus dilemahkan. Bagaimana nak melemahkan BN, dengan mewujudkan krisis dalam parti komponen seperti yang berlaku dalam PPP, MIC dan terbaru MCA.
Orang UMNO, terutamanya pemimipin UMNO harus bangun dari tidur dan tinggalkan tilam empok selesa yang didodoi selama ini dengan bekerja keras untuk memulihkan keyakinan rakyat bahawa UMNO adalah perjuangan kepada rakyat, bukan kelab eksklusif yang hanya untuk golongan elit sahaja.
sampai di sini dulu...esok WR akan menulis semula.

Tuesday, November 3, 2009

RASUAH: AHLI PARLIMEN SABAK BERNAM ANTARA YANG AKAN DIDAKWA?

Ahli Parlimen Sabak Bernam, Abdul Rahman Bakri (BN) dan pembantunya Ramli Busro akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam kira-kira pukul 8.30 pagi nanti.

Mereka adalah antara lima orang yang diseret ke muka pengadilan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang melancarkan pendakwaan besar-besaran terhadap ahli politik dan pembantu mereka di Selangor berhubung kesalahan rasuah.
Menurut kenyataan SPRM Ahli Parlimen dan pembantunya itu ditangkap atas kesalahan mengemukakan invois-invois yang mengandungi butiran palsu semasa menjadi ADUN Selangor.
Berikut kenyataan penuh SPRM:

Bekas ADUN dan pembantu ditangkap SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor telah menangkap seorang bekas ADUN dan pembantunya atas kesalahan di bawah Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997.
Bekas ADUN tersebut yang kini seorang Ahli Parlimen ditangkap atas kesalahan mengemukakan invois-invois yang mengandungi butiran matan palsu semasa beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor bagi melaksanakan satu program yang tidak dijalankan. Manakala itu, pembantu beliau ditangkap atas kesalahan bersubahat dengan bekas ADUN berkenaan dalam membuat tuntutan bagi program yang sama.
Kedua-dua mereka akan dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada pagi 3 November 2009 (esok).


Bekas pegawai MB Selangor ditangkap SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor telah menangkap seorang bekas Pegawai Menteri Besar Selangor pada 2 November 2009 atas kesalahan di bawah Kanun Keseksaan.
Beliau ditangkap kerana disyaki menipu dan memperdayakan seorang presiden sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Negeri Selangor bagi tujuan pembiayaan sebuah majlis anjuran Kerajaan Negeri berkenaan. Nilai yang terlibat adalah sebanyak RM50,000.00.
Beliau akan dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada pagi 3 November 2009 (esok).


Pembantu khas exco Selangor dituduh SPRM (Wong Chuan How)

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menuduh seorang pembantu khas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor di bawah Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997 dan Kanun Keseksaan.
Beliau akan dituduh atas kesalahan mengemukakan invois yang mengandungi butiran matan palsu kepada Pejabat Daerah Sepang bagi membekalkan barangan sempena program Hari Kemerdekaan tahun 2008 yang mana tidak dibekalkan. Beliau juga akan dituduh di atas dua (2) kesalahan pecah jenayah amanah di bawah Seksyen 406 Kanun Keseksaan.
Pertuduhan kes ini akan dibuat di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada pagi 3 November 2009 (esok).


Pengarah syarikat dituduh membuat tuntutan palsu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor akan menuduh seorang pengarah syarikat atas kesalahan di bawah Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997.
Beliau akan dituduh atas kesalahan mengemukakan invois-invois yang mengandungi butiran matan palsu kepada Pejabat Daerah Hulu Langat bagi membekalkan barangan dan keperluan bagi program-program di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai, Selangor pada tahun lepas sedangkan pembekalan tersebut tidak dilaksanakan.
Pertuduhan kes ini akan dibuat di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada pagi 3 November 2009 (esok).
WR: Tidak kira siapa mereka, jika mereka melakukan kesalahan atau menggunakan kedudukan serta kuasa yang ada untuk mendapat keuntungan peribadi, untuk mengkaya diri, itu adalah satu kesalahan yang paling besar serta dosa, tambahan mereka yang bergelar wakilrakyat, kerana mereka telah melakukan pecah amanah.
Harap pihak berkuasa seperti SPRM akan melakukan siasatan terperinci dan mendakwa serta dijatuhkan hukuman yang berat kepada pesalah rasuah ini. Jangan sampai negara ini menjadi tempat membiaknya gejala rasuah yang bakal menjatuhkan imej dan merobohkan tamadun yang telah kita bina.

Thursday, October 29, 2009

YB Pelabuhan Kelang jadi ADUN bebas.

Adun Pelabuhan Klang YB Badrul Hisham Abdullah isytihar keluar daripada Parti Keadilan Rakyat serta merta dan menjadi wakil bebas menyokong Barisan Nasional, berikutan cadangan Menteri Besar Selangor supaya PKR meminta YB Badrul meletak jawatan sebagai ADUN.


YB Badrul antara nama-nama yang disebut-sebut bakal menyertai UMNO dalam rancangan berberapa ADUN Pakatan Rakyat lain untuk keluar parti dan menyertai BN dan menubuhkan kerajaan negeri baharu seperti yang berlaku di Perak, walaupun perkara itu lebih daripada khabar-khabar angin sahaja.


Dalam satu sidang media pada petang Khamis, Badrul berkata keputusan tersebut dibuat kerana beliau telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti itu. Bagaimanapun, Badrul enggan mendedahkan sama ada beliau akan menyertai Umno atau mana-mana parti politik. Badrul berkata beliau juga menjadi sebagai ADUN Bebas dan menyokong Barisan Nasional. Tegasnya, beliau juga tidak akan mengosongkan kerusi DUN yang disandangnya ketika ini.


Mungkin khabar-khabar angin ini jugalah menyebabkan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz mencadangkan supaya PAS mengadakan EGM untuk membersihkan parti dari mereka yang berpaling tadah. Antara nama yang disebut oleh Nik Aziz adalah Datuk Hassan Ali yang merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor. Hassan Ali juga disebut-sebut sebagai nama yang bakal menjadi Menteri Besar Selangor jika ADUN lompat parti ini menyokong BN dan membentuk kerajaan baru.


Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, dalam kenyataannya turut mengakui bahawa dengan perletakkan jawatan Badrul serta Jeffery Kitingan akan memberi kesan negatif kepada parti itu. PKR kini dilihat sebagai sebuah parti yang bakal suram kembali apabila tidak diurus dengan betul terutamanya dengan peranan DSAI yang tidak mantap. Kesan dari masalah dalaman ini memberi peluang yang baik kepada BN untuk meraih sokongan rakyat, itupun kalau UMNO/BN mahu menggunakan isu ini dengan sebaik-baiknya.

Wednesday, October 28, 2009

Mungkinkah ini terjadi?

Dalam sibuk-sibuk PAS berusaha melindungi cerita sebenar apa yang berlaku dalam PAS berdasarkan kehendak Mursyidul Am Nik Aziz untuk diadakan EGM dengan tujuan membersihkan PAS dari mereka yang mahu bekerjasama dengan UMNO, kepimpinan tertinggi PAS masih meneruskan hubungan baik mereka dengan pemimpin kanan UMNO. Lihatlah gambar di bawah ini, agaknya apa yang diperbincangkan oleh mereka ini? Nampak macam serius sahaja, walaupun mereka berada di bilik rehat MP. Mungkinkah PAS akan menjalinkan kerjasama di Selangor dan Perak? Atau mungkin juga PAS bakal kembali ke pangkuan BN?

26/10/09 - Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub sedang rancak berbual dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom dan Ahli Parlimen BN Lenggong Datuk Shamsul Anuar Nasarah di bilik rehat Ahli Parlimen di bangunan Parlimen.Gambar ini dirakam tidak lama selepas selesai sidang akhbar Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali di ibu pejabat PAS,Kuala Lumpur pagi Isnin.Duduk disebelah mereka,tidak kelihatan dalam gambar ialah Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi


Sivakumar wajar dikenakan tindakan.

Kepada pembaca budiman yang waras lagi cerdik bijaksana, silalah baca dan teliti kandungan surat bekas Speaker DUN Perak ini. Tindakan begini adakah patut didiamkan hanya kerana mahu menjaga situasi politik. Wajarkah Sultan Perak dipermain-mainkan? Tidak adakah anak jati Perak yang terkenal dengan kepahlawanan mereka mahu bangkit untuk melakukan sesuatu kepada si pengkhianat ini? Kita sudah bijak dan pandai, banyak saluran undang-undang yang boleh digunakan terhadap Sivakumar ini.


Friday, October 23, 2009

Kerja jahat sapa ni?

Malam ni WR mendapat SMS yang menyatakan satu misi tayangan filem pemenang Anugerah Filem Australia akan ditayangkan di berberapa buah hotel di bandar-bandar seperti di Kuching, Johor Baharu, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Tujuan tayang filem ini adalah antara gerakkan terancang untuk melumpuhkan atau memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional.
Tarikh tayangan mulai esok dan ada pihak tertentu dipercayai ahli PKR sedang mengedarkan tiket-tiket percuma kepada orang ramai.
Antara filem yang bakal ditayangkan adalah bertajuk:
1. Kongsi Dalam Gelap.
2. Hide and Seek.
3. Half Individu, Half Social.
4. 8760 Jam Pasca 8 Mac
5. Di bawah Langit.
6. Why Democracy Is Better.
7. I Am Muslim Too.
8. Burma VI
9. All That U Can Leave Behind.
10. The Perak Crisis.
11. Al Fatihah Mamali
12. Kayuh ( Chinese Belt)
Difahamkan bahawa selepas tayangan ini akan diadakan perbincangan mengenai filem tersebut. Kepada sesiapa yang mendapat maklumat mengenai tayangan filem ini diharap dapat menghantar email kepada WR di alamat wakilrakyatblog@gmail.com.

Wednesday, October 21, 2009

Pendedahan Eksklusif II: PAS kena tipu dua kali.

Kali ini WR akan mendedahkan situasi sebenar mengenai pelantikan YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang. Apabila DAP&PKR memerintah negeri Pulau Pinang pelbagai perkara yang dibuat perubahan dan semestinya yang sibuk gedik untuk tunjuk kuasa adalah PAS. Apa yang pastinya PAS buat adalah menguasai semua masjid dan surau. Walau bagaimanapun menjadi masalah apabila pengurusan agama Islam di Pulau Pinang terletak di bawah kuasa Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Agama Negeri.
Apabila Lim Guan Eng mengetuai kerajaan, beliau telah meminggirkan wakil tunggal PAS iaitu Allahyarham Datuk Hamdan ADUN Permatang Pasir. Wakil rakyat PAS itu tidak dilantik ke apa-apa jawatan dalam kerajaan. PAS merasakan mereka akan diberi kerusi Exco tetapi sehingga ke akhir hayat DAP tidak melantik beliau. PAS juga menekankan untuk mengambil kerusi YDP MAINPP, tetapi jawatan itu disandang oleh ADUN UMNO. PAS sentiasa menekan untuk mendapat kerusi tersebut kepada DAP sehingga ada ahli PAS rasa seperti tertipu.
Namun pendedahan yang menarik tentang isu perlantikan YDP MAINPP itu sebenarnya PAS telah ditipu berkali-kali oleh DAP dan PKR. Apabila kerusi YDP MAINPP dipertikai, Fairus yang ketika itu menjadi Timbalan Ketua Menteri 1 telah memanggi YB Ust Shahbudin Yahya untuk berbincang mengenai perletakan jawatan beliau sebagai YDP MAINPP, tetapi YB Shahbudin menyatakan bahawa tauliah beliau dan ahli majlis MIANPP adalah sehingga Disember 2009 yang telah dikeluarkan oleh SPB YDP Agong.
Perbincangan demi perbincangan dijalankan antara YB Ust Shahbudin dengan Fairus dan sentiasa hadir dalam perbincangan tersebut adalah Datuk Zaharin selaku Pengerusi Perhubungan PKR negeri Pulau Pinang ataupun dihadiri bersama dengan Dr Mansor yang kini menjadi TKM 1, kerana Zaharin dan Malik merasakan Fairus masih mentah dalam soal begini. Sepanjang perbincangan yang kurang lebih 3 kali di pejabat TKM1, PAS tidak pernah dijemput bersama untuk memberi pandangan. PAS tak pernah dijemput.
Atas nasihat TYT Tun Rahman Abas supaya orang Islam Pulau Pinang tidak menyeret Majlis Agama Islam ke dalam kancah politik, akhirnya UMNO dan PKR bersetuju untuk melantik Ust Illias Zakaria sebagai YDP MAINPP yang baru. Maka watikah perlantikan Ilias Zakaria telah diterima pada bulan Ogos iaitu sebelum tarikh PRK Permatang Pasir. Yang menarik PAS tidak pernah terlibat dalam keputusan itu.
Perlantikan Ust Ilias Zakaria adalah berdasarkan kepada persetujuan bersama dengan PKR supaya jawatan YDP MAINPP tidak disandang oleh orang politik, maka bagaimana PAS mahu melantik Salleh Man? Lagi pun Ust Ilias Zakaria walaupun memang penyokong PAS beliau adalah Ahli Majlis MAINPP selama 15 tahun, dan pengalaman beliau sebagai penjawat awam di USM melayakkan beliau berbanding dengan Salleh Man yang hanya menjadi pengurus sekolah agama persendirian, itupun terpaksa ditutup, katanya Salleh Man songlap duit sekolah.
Kepada penyokong-penyokong PAS di Pulau Pinang, anda harus sedar bahawa anda telah ditipu berkali-kali oleh DAP & PKR. Harap PAS dapat bersemuka dengan DAP & PKR untuk memastikan segala usaha penat lelah mereka bekerja semasa pilihanraya umum atau kecil berbaloi. Jangan lah jadi kita umat Islam sentiasa ditipu oleh mereka yang sengaja mahu merosakkan agama suci ini.

Monday, October 19, 2009

Pendedahan Eksklusif: Kerajaan Umar Abdul Aziz Lim Guan Eng. Siri 1

Sila tonton video ini dan buat penilaian, pembohongan apakah yang sedang dilakukan oleh Lim Guan Eng di Pulau Pinang, penganiayan kepada orang Melayu Islam berterusan walaupun PAS menyatakan bahawa kerajaan negeri ala-ala Umar Abdul Aziz palsu ini membela nasib orang Melayu. Orang Melayu tertipu tetapi PAS kena tipu hidup-hidup, ini lah balasan apabila mereka bersekongkol dengan "Syaitan" untuk menghalalkan matlamat mereka.



Siri kedua pendedahan eksklusif ini akan disiarkan kemudian.Tunggu...!!

Sunday, October 18, 2009

Pendedahan Eksklusif.

Assalamualaikum wrt.
wakilrakyatblog akan membuat pendedahan eksklusif mengenai apa yang berlaku di Pulau Pinang sepanjang pemerintahan DAP/PKR merangkumi isu berikut:

1. Isu tanah dan tanah wakaf
2. Isu Perbadanan Bukit Bendera.
3. Penubuhan CMI ( Chief Minister Incorparated )
4. Penubuhan SSI
5. Isu perlantikan YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang.
6. Isu penipuan PKR terhadap PAS.

Sila lawat blog ini pada hari berikutnya.....TUNGGUUUUU...!!!!!!

Friday, October 16, 2009

Operasi pemutihan gunting dalam lipatan, duri dalam daging.

Ketua UMNO Bahagian Batu Yahaya Mat Ghani dalam ucapan perbahasan ucapan dasar Presiden UMNO di perhimpunan parti itu, mengesa kerajaan BN supaya melaksanakan operasi pemutihan dalam syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) bagi membersihkan pegawai dan kakitangan yang secara tertutup dan terbuka menyokong pakatan pembangkang.

Wakil UMNO Wilayah Persekutuan itu berkata, tindakan segera perlu dilakukan kerana situasi pada masa ini amat serius kerana terdapat sesetengah pegawai tertinggi GLC yang membenarkan pemimpin parti pembangkang berceramah dalam premis mereka.

“Operasi pemutihan perlu segera dilaksanakan, beri peluang kepada kalangan ahli UMNO yang setia dan mempunyai kelayakan untuk menerajui GLC,” katanya.
Ulasan WR: memang menarik saranan dan gesaan Yahaya Mat Ghani itu, sebenarnya golongan yang berkhidmat dan makan gaji dengan GLC ini menjadi duri dalam daging atau gunting dalam lipatan yang boleh merobohkan apa yang telah dibina oleh kerajaan BN.
Jika tindakan mereka menjemput pemimpin pembangkang untuk berceramah di pejabat GLC sudah dipandang serius, tetapi yang lebih parah lagi mereka yang berpendapatan lumayan dalam GLC menjadi penyumbang dana kepada aktiviti parti pembangkang. Ada antara mereka yang WR kenali telah menyumbang sebanyak RM10,000.00 kepada PAS di kampung WR untuk dana membina markas PAS.
WR selalu membangkitkan isu bukan sekadar pegawai GLC terlibat secara langsung dalam parti pembangkang terutamanya PAS, tetapi juga yang selalu dibangkitkan oleh WR ialah semakin ramai kakitangan awam kerajaan BN yang menyokong PAS. Suatu yang amat bahaya apabila mereka inilah yang membocorkan rahsia kerajaan dan mensabotaj dasar-dasar rakyat kepada rakyat sehingga menimbulkan kemarahan rakyat kepada kerajaan.
Ambil contoh yang paling signifikan, bagaimana pegawai SPR Pulau Pinang yang merupakan orang kuat PAS telah menyalahguna kuasa dengan menukarkan ahli-ahli PAS dari kawasan sekitar utara ke Parlimen Permatang Pauh khususnya DUN Permatang Pasir. Lebih menarik pegawai paling kanan dalam SPR Pulau Pinang merupakan suami kepada pimpinan utama dalam muslimat PAS Pulau Pinang.
Itu sebahagian yang kita tahu, bagaimana pula dengan Pegawai Kanan yang bergred DG52 di IPGM Kampus Tuanku Bainun yang merupakan penyokong totok serta penyumbang kewangan kepada PAS. Bagaimana pula dengan pegawai hal ehwal pelajar di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang yang menjadi juru kempen kepada PAS dalam PRK Bukit Gantang sedangkan dia tidak hadir bekerja dengan alasan cuti sakit (MC).
Seharusnya kerajaan memandang serius fenomena ini, sebenarnya kerajaan BN sendiri yang membawa virus kepada badannya sendiri,menggajikan mereka yang menentangnya dari dalam. Proses pengambilan kakitangan awam perlu diperkemaskan dengan memastikan mereka yang akan menjadi penemuduga dan yang ditemuduga adalah mereka yang merupakan penyokong kerajaan. Jika UMNO mempunyai hampir 6 juta ahli sudah tentulah anak-anak merekalah yang perlu diberi keutamaan, termasuk juga dengan anak-anak kepada ahli parti komponen BN.

Monday, October 12, 2009

Kefahaman Kedaulatan Bukan Hanya Slogan

Kefahaman mengenai kedaulatan negara semakin luntur apabila perlembagaan negara dan keluhuran undang-undang hanya dianggap sebagai "slogan" dan bukannya prinsip untuk hidup sebagai rakyat bernegara.
Pro-Canselor Universiti Utara Malaysia, Tun Dato' Seri Dr. Ahmad Fairuz Dato' Sheikh Abdul Halim berkata, kefahaman mengenai kedaulatan negara mesti difikir secara serius oleh semua pihak kerana ia amat penting untuk negara.
Beliau berkata, pada hakikatnya, kejayaan dan kemakmuran negara ini sepanjang 52 tahun merdeka adalah hasil sumbangan serta dokongan semua kaum dan semua lapisan masyarakat. "Kita jangan lupa tentang keunikan yang kita miliki ini. Negara yang lebih dahulu merdeka daripada kita pun tidak mencapai kejayaan seperti yang kita nikmati sekarang. "Sebab itu kita perlu berhati-hati dan berwaspada terhadap anasir-anasir yang sengaja dan berusaha untuk memecah belahkan perpaduan masyarakat majmuk negara ini.
"Formula perpaduan kaum yang diamalkan di negara ini adalah menjadi rahsia kekuatan dan kejayaan Malaysia. Mahu tidak mahu, hakikatnya baik Orang Asli, Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak serta orang Cina, India dan kaum-kaum lain, inilah tanah air kita," katanya. Ahmad Fairuz berkata, sudah menjadi bukti sejarah bahawa negara ini telah berjaya membentuk keharmonian kaum melalui usaha liberalisasi antara kaum khusus tindakan toleransi dan persefahaman dalam politik, ekonomi dan budaya.
"Misalnya, tindakan pemimpin Melayu seperti Tunku Abdul Rahman membenarkan konsep Jus Soli dilaksanakan sebagai asas kewarganegaraan pada 1957 kepada masyarakat Cina dan India adalah satu liberalisasi yang sangat besar ertinya. "Tindakan beliau bukan sahaja tidak popular malah telah mendapat tentangan ramai pemimpin orang Melayu ketika itu. Tetapi, hasilnya kita seluruh rakyat Malaysia dapat hidup dengan aman pada hari ini," katanya.
Selain itu, katanya kesanggupan pemimpin bukan Melayu seperti Tun Tan Cheng Lock, Tun Tan Siew Sin dan Tun V.T Sambanthan menerima baik konsep hak dan keistimewaan Bumiputera, kedudukan agama Islam, bahasa dan status raja-raja Melayu juga merupakan satu toleransi yang telah menjayakan kehidupan bermasyarakat di negara ini. "Itulah tahap pertama liberalisasi dan toleransi terlaksana secara berstruktur di negara ini," katanya ketika berucap dalam Majlis Konvokesyen Ke-22 Sidang ke-2 Universiti Utara Malaysia (UUM)
Beliau berkata, apabila migrasi penduduk Melayu ke bandar besar bermula pada era 1970-an menjadi matang sekarang, masyarakat Melayu dan bukan Melayu tidak lagi hidup seperti mana pada zaman penjajahan, terpisah antara satu sama lain dan kini mereka berjiran, bekerja dan berekreasi di ruang yang sama.
Ahmad Fairuz berkata, dalam suasana hubungan kaum yang sebelum ini aman tetapi kini diasak dengan tindakan provokasi dan tuduhan melampau demi kepentingan kaum masing-masing, elok kita sama-sama renung dan fikirkan apa akan kita lakukan selepas ini. "Dengan demikian sesungguhnya, perpaduan antara rakyat berbilang kaum dan kepercayaan yang berteraskan kepada falsafah adalah sebagai sumber kekuatan bukannya perkara titik bengik yang menyebabkan perpecahan.
"Oleh itu, saya juga mahu golongan mahasiswa menggunakan kewarasan berfikir dalam menapis maklumat berhubung sesuatu isu yang timbul di negara ini. "Saya tekankan perkataan-perkataan "kewarasan berfikir" dan "menapis maklumat" kerana tidak mahu diganggu gugat oleh orang lain.
"Mahasiswa mesti berpegang teguh kepada prinsip kejujuran dan daya intelektual supaya mereka tidak terjerumus dalam budaya memfitnah," ujarnya. "Bagi saya segala perkataan-perkataan yang saya tekankan itu adalah amat berisi dan mendalam pengertiannya kerana hari ini masyarakat mudah berubah apabila mempercayai budaya fitnah," katanya.

Sunday, October 11, 2009

Keputusan Tidak Rasmi N31 DUN Bagan Pinang

TAN SRI ISA ABD SAMAD : 8013


ZULKEFLY MOHAMAD OMAR : 2578

UNDI ROSAK : 222

MAJORITI : 5435

Keputusan tidak rasmi yang diterima sehingga jam 7.00pm. Sama-sama kita tunggu keputusan rasmi yang akan diumumkan oleh SPR mungkin jam 8.00malam ini.

Saturday, October 10, 2009

Friday, October 9, 2009

Wakil Rakyat Wajar Contohi Barack Obama

Barack Hussien Obama atau Barack Obama, merupakan Presiden Amerika Syarikat berkulit hitam pertama yang menduduki kuasa pemerintahan tertinggi negara kuasa besar berkenaan.
Kemenangan Obama dalam pilihanraya presiden pada tahun lalu (2008) dilihat sebagai satu revolusi dalam perkembangan demokrasi di negara berkenaan. Namun disebalik revolusi yang dibawa oleh Obama dalam pentadbiran beliau, penulis tertarik dengan strategi kempen yang digunakan Obama sepanjang perjalanan beliau ke Rumah Putih / White House.
Facebook, Friendster, Myspace, Tagged dan beberapa lagi laman web sosial dijadikan platform oleh Obama sebagai cara beliau mendekati pengundi dan rakyatnya. Jaringan sosial inilah yang penulis lihat mampu memberikan kelebihan kepada beliau berbanding pesaingnya, John McCain.
Seperti yang kita ketahui bukan mudah untuk rakyat mendekati pemimpinnya. Prosa ayat 'Pemimpin Dihati Rakyat', 'Pemimpin Bersama Rakyat', 'Pemimpin Berjiwa Rakyat', kesemuanya itu merupakan satu retorik semata-mata. Yang pasti pemimpin hanya mudah didampingi tatkala musim pilihanraya berlansung. Perkara ini bukan sahaja berlaku di Amerika malahan di seluruh dunia, tidak terkecuali Malaysia.
Dalam hal ini, Obama melihat laman web sosial ini sebagai cara terbaik untuk memperbaiki jurang yang wujud diantara pemimpin dengan rakyatnya. Pemimpin adalah hak rakyat dan rakyat mempunyai hak untuk mengetahui apa yang dilakukan oleh pemimpinnya.

Selain dari laman web sosial, Obama juga melihat YouTube sebagai satu agen penting dalam kempen pilihanrayanya. Ini dapat dibuktikan dengan kewujudan akaun Youtube Obama yang merekodkan segala aktiviti Obama sepanjang minggu. Dan secara tidak lansung, ianya menjadikan Obama sebagai Presiden Amerika pertama yang 'amat diketahui' pergerakkan dan aktivitinya.

Dan pada setiap minggu Obama akan menyampaikan amanatnya melalui Youtube.
Sejak Obama mengambil alih tampuk pemerintahan dari Bush, penulis dapati, hampir kesemua Kementerian (Department) di Amerika Syarikat telah mempunyai akaun jaringan sosialnya sendiri. Secara tidak lansung Kementerian yang selama ini bersifat "confidential" lebih terbuka dan demokrasi.

Trend memiliki rangkaian sosial ini dilihat telah menular ke minda pemimpin politik di Malaysia. Namun ianya masih terhad dan tidak menyeluruh. Para pemimpin Malaysia harus menyedari bahawa, zaman telah berubah dan strategi politik juga telah berubah. Rakyat secara amnya sudah lali dengan budaya 'turun padang' yang hanya berlaku pada waktu dan masa tertentu.

Melalui jaringan sosial ini juga rakyat akan lebih mudah berkomunikasi dan menyampaikan pendapat kepada para pemimpin mereka, tanpa perlu melalui banyak tapisan birokrasi.
Artikel ini diambil dari Penaminang Blogspot.Terima Kasih

Thursday, October 8, 2009

PROVOKASI?

INILAH BANNER YANG DITURUNKAN OLEH SPR, ATAS ALASAN TIDAK SESUAI. KALAU PAS SIAP NAK SAMAN DAN BAWAK KES BENDERA PKR&DAP DITURUNKAN, KENAPA? JAWAPANNYA BAJET DAH LARI.....

Tuesday, October 6, 2009

Apa kes ni Zul?

Monday, October 5, 2009

PAS Pulau Pinang terdesak, terkantoi, ter.., ter..

PAS, semasa kempen PRK Permatang Pasir menabur janji palsu setelah ditipu hidup-hidup oleh DAP untuk melantik Salleh Man menjadi YDP MAIPP jika menang dalam PRK tersebut, sememangnya mereka akan menang pun. Namun impian dan harapan yang tinggi menggunung PAS itu tidak menjadi kenyataan apabila jawatan YDP MAIPP itu diserahkan kepada Ustaz Elias Zakaria yang juga orang kuat PAS. Anak beliau memang penggerak Persatuan Mahasiswa Islam yang totok (PMI adalah PAS di kampus).
Hari ini Timbalan I Pesuruhjaya PAS negeri Mujahid Yusof, yang juga MP Parit Buntar menyatakan bahawa PAS tetap mendesak mahukan jawatan itu diberikan kepada Salleh Man, berdasarkan janji dan persetujuan YB Ustaz Shahbudin Yahya yang akan tamat kontrak pada Disember ini.
Apalah punya bangang orang PAS ni, kata dah jadi ahli Parlimen, siap ada PhD lagi, takkan lah tak tau soal perlantikan YDP MAIPP adalah hak mutlak Yang Dipertuan Agong sebagai ketua agama bagi Pulau Pinang. Tak payah lah nak bising-bising dalam media. Kalau dah kemaruk sangat nak songlap duit MAIPP pergi lah ugut YDP Agong, desak lah Baginda. Katakan pada Baginda kalau tidak beri jawatan YDP MAIPP pada Salleh Man kami akan hapuskan sistem raja, kami akan hapuskan Raja-Raja Melayu.
Sepatutnya PAS tidak boleh membelakangi keputusan YDP Agong kalaupun ada campurtangan UMNO, terimalah keputusan itu dengan hati yang terbuka. Banyak lagi cara yang PAS, atau Salleh Man boleh buat untuk orang Islam di Pulau Pinang. Selama ini pun tak nampak apa pun satu usaha PAS untuk memartabatkan Islam di Pulau Pinang. Yang ada cuma PAS menggunakan masjid dan surau sebagai pentas ceramah politik. Kalau tak percaya pergilah ke masjid Batu, masjid Sama Gagah dan masjid Kubang Semang, sudah tiada majlis ilmu, yang ada hanyalah fitnah politik menjijikkan.
Ustaz Elias Zakaria pun orang kuat PAS juga, pernah pegang jawatan penting dalam PAS negeri Pulau Pinang juga, cuma cara ustaz Elias ni yang tidak disenangi oleh berberapa pemimpin PAS Pulau Pinang. Ustaz Elias masih lagi sayangkan Islam dan Melayu, itu masalah PAS.

Undi Pos dan Pengundi Hantu

Buat pertama kalinya Dewan Pemuda PAS Pusat menubuhkan satu Jawatan kuasa Khas Undi Pos yang dipengerusikan oleh Suhaizan Kaiat [ Ketua Penerangan DPPP ] . Ianya menunjukkan keprihatinan tinggi DPPP terhadap undi pos dan kini DPPP akan memastikan undi pos ini tidak lagi berpihak kepada Umno dan BN ( petikkan dari HarakahDaily.Net)

Dalam PRK Bagan Pinang, PAS nampaknya merasa bimbang dan gusar dengan pengundi pos di kalangan anggota tentera yang seramai 4604 orang. Pada pandangan mereka undi pos ini akan dimanipulasi dan bukan dipangkah oleh anggota tentera sendiri berdasarkan pengakuan seorang bekas pegawai tentera. Sepatutnya PAS dan bekas pegawai tentera itu membuat laporan polis untuk disiasat.

Undi Pos kini telah diperjelaskan oleh SPR bahawa setiap wakil calon yang bertanding boleh membuat pemantauan samada pada hari pembuangan undi atau hari pengiraan undi. Kalau undi pos tidak telus macam mana pada pilihanraya pada Mac 2008 BN memperolehi 3080 undi pos dan PAS memperolehi 1189 undi. Sepatutnya anggota tentera yang mendapat nikmat dna kemudahan dari pada kerajaan BN tidak boleh mengundi PAS yang tidak langsung berjasa kepada ATM.

Bukan anggota tenteta sahaja yang perlu mengundi BN tetapi semua kakitangan awam yang makan gaji dengan kerajaan BN kerana mereka hidup senang lenang hasil pendapatan dari kerajaan BN. Jika mereka tidak menyokong majikan mereka sepatutnya mereka berhenti kerja dan memohon kerja dengan kerajaan PAS atau PKR atau DAP. Saya mencabar kakitangan awam yang menyokong pembangkang supaya berhenti kerja dengan kerajaan BN, adakah anda boleh membeli kereta 2, 3 buah, rumah kediaman yang selesa?

Agak janggal dengan PAS, semasa PRK Permatang Pasir punyalah ramai pengundi hantu yang dibawa masuk oleh pegawai SPR yang menyokong PAS, tidak pula mereka bising. Untuk cerita lanjut tentang pengundi hantu di Permatang Pasir layari: http://www.n11permatangpasir.blogspot.com/

Sunday, October 4, 2009

Kejadian Kampung SODOMI berulang...

Kira-kira 400 orang yang sedang menghadiri satu majlis pernikahan dikhuatiri hilang ditelan bumi di Dusun Pulau Aik, Padang Pariaman ketika gempa bumi melanda Sumatera Barat pada Rablu lalu pada 5.16 petang 30 Sept.

Kebimbangan itu berdasarkan keadaan kampung itu yang kini rata ditutupi tanah dan menara masjid, yang merupakan struktur tertinggi di situ, bahkan juga sudah tidak kelihatan.
"Mereka ditelan bumi sedalam 30 meter akibat gempa dan longsor (tanah runtuh)," kata Ketua Pusat Penanganan Krisis Kementerian Kesihatan Indonesia, Rustam S. Pakaya yang dipetik detikcom, hari ini.

Sambil menyebut bahawa pasukan mencari dan menyelamat tidak mungkin menggali sedalam 30 meter untuk mengeluarkan mangsa, beliau berkata, dengan tenggelamnya kampung itu, proses mencari dan menyelamat sangat sukar untuk dijalankan walaupun pasukan pencari masih berusaha.

Tragedi di kampung itu yang berlaku pada pukul 5.16 petang merupakan satu daripada beberapa kejadian serupa apabila mangsa tertimbus dan terhimpit di celah runtuhan bangunan, yang kini mendapat perhatian setelah komunikasi dan jalan raya mulai dapat berfungsi semula.

WR: Pelbagai persoalan yang timbul difikiran bila mendengar tragedi ngeri ini, di zaman moden ini jarang sekali didengari kejadian sebegini. Masa di sekolah dulu adalah Ustazah menceritakan bagaimana kaum Nabi LUTH di Kampung SODOMI yang ditimbus oleh bumi akibat tabiat terkutuk mereka iaitu melakukan seks sesama lelaki dan menjadi kelaziman mereka. Juga berberapa kejadian ngeri yang Allah turunkan sebagai bala kepada umat terdahulu yang mengingkari serta kufur dengan perintah Allah.

Pada zaman Nabi Muhammad SAW, Baginda berdoa kepada Allah supaya bala bencana ditangguhkan dahulu jika umatnya melakukan kemungkaran. Namun adakah manusia kini telah melakukan kemungkaran ke tahap yang serius sehingga Alah begitu MURKA.

Pada kita yang masih selamat dan diselamatkan dari bala bencana yang Allah turunkan itu, haruslah bermuhasabah diri adakah kita telah melaksanakan perintah Allah dengan baik, atau adakah kita selama ini menganggap diri kita alim, tetapi dengan sengaja mempersendakan Islam, malah lebih parah lagi sanggup mempergunakan Islam untuk kepentingan politik kuasa?

Thursday, October 1, 2009

Tentera & Polis pun undi PAS

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata undi pos yang dicanang oleh pembangkang kononnya menjadi senjata utama kepada Barisan Nasional (BN) sebenarnya memberikan kelebihan kepada pembangkang pada pilihan raya umum ke-12 lalu di Bagan Pinang.

Katanya pada pilihan raya umum 2008, majoriti BN di Bagan Pinang merosot kerana undi pos berpihak kepada pembangkang."Pembangkang tidak boleh kata undi pos itu advantage (memberi kelebihan) kepada BN kerana pada 2008 disebabkan mereka dapat banyak undi pos pada ketika itu iaitu 1,800 undi kalau nak bandingkan dengan 2004," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Bulan Pertabalan Sempena Istiadat Pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan di sini pada Rabu.

Mohamad bagaimanapun yakin BN akan dapat mengukuhkan kedudukan kerana pada 2008, pengundi yang memilih BN bertambah kepada 6,430 berbanding hanya 5,000 lebih pada 2004."Jadi jangan kita tuduh dan tohmah yang macam-macam pasal undi pos ini.

Pasal itu saya katakan kita perlu kerja kuat dan kita perlu menyakinkan semua orang untuk pastikan kemenangan kita tapi saya rasa yakin dan percaya BN akan dapat pertahankan kerusi kita di sana," katanya.
sumber: Bernama